“Sejujurnya i ckp, konsert aina abdul ni kalau tiket 3k pun i sanggup byr”- Michael Ang

Populariti penyanyi Aina Abdul tak dapat disangkal lagi sejak lagunya iaitu Semalam menjadi pilihan ramai pendengar. Bermulanya karier Aina sebagai penyanyi menerusi lagu Semalam telah menaikkan namanya dalam industri hiburan tanah air. Tak dinafikan, vokal Aina sememangnya hebat dan setanding dengan penyanyi-penyanyi popular yang lain. Hebat betul Aina.

Aina yang merupakan antara penyanyi baru semakin diminati ramai termasuklah pengarah Michael Ang. Michael Ang pun antara peminat tegar Aina tau.

Dan Michael Ang memberi sokongan dengan menghadiri konsert nyanyian Aina yang telah berlangsung baru-baru ini.

Seperti yang kita sendiri sudah jangka, konsert Aina cukup memuaskan hati penonton-penontonnya dan jarang sekali mengecewakan.

Michael sendiri akui, Aina cukup berbakat dan bakat yang dimiliki Aina sememangnya perlu dihargai.

Menerusi posting dikongsi Michael yang terbaru, beliau berkongsi gambar bersama Aina dan video pendek nyanyian live Aina di konsert yang Michael hadir itu.

Menjengah pada ruangan komen, ramai netizen turut memuji suara merdu Aina dan bersetuju dengan pendapat Michael bahawa suara Aina sememangnya patut dihargai oleh industri muzik tanah air.

Siapa lagi peminat Aina Abdul? Kita geng hehe.. Bakat Aina memang patut dihargai, level2 international tau..

Sumber: Instagram Michaelang

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!