“Seghonok betul berendam dalam tu sampai boleh karang lirik”- Netizen

Baru-baru ini kita sedia maklum bahawa Hairul Azreen dan keluarga nya telah pergi ke New Zealand makan angin, seronok sangat tengok semua aktiviti yang telah mereka lakukan di sana. Yelah, kerana banyak juga aktiviti yang tiada di Malaysia, wujud di sana. Lebih-lebih lagi di sana ada salji, bolehlah main puas-puas.

Ada juga dimuat naik dua orang anak comelnya yang berseronok mandi di hot bath tub di waktu pagi sebelum mereka breakfast. Yelah, cuaca di sana kan sejuk, seronok je dapat mandi dan berenang dalam kolam air panas.

Kita yang di Malaysia ni pun selalu mandi air panas di waktu pagi, inikan pula di New Zealand, rasa nak tidur dalam kolam tu pun ada juga. Rasa hangat gitu, sebabtu lah dalam video lepas Alisa taknak keluar lagi kolam tu even daddy dah suruh berhenti.

Sememangnya gelagat tersebut sangat mencuit hati para netizen, si abang nya laju je dengar kata, adik nya tu degiil sikit. Biasalah adik- adik memang berperangai sebegitu kan, manja sikit dari yang di atasnya. Mesti pernah ada pengalaman macam tu kan.

Tapi, sebenarnya ada lagi moment yang lucu ketika mereka di kolam air panas tu, Haa nak tahu apa ? Ada dimuat naik naik video telatah Alisa yang seronok menyanyikan lagu “Benggin’ “, rasanya semua pernah dengar lagu ni.

Tak dinafikan bahawa memang ramai yang pernah dengar lagu ni. Tapi part chorus jelah yang ramai tahu, yang itulah jelah kita boleh ikut nyanyi sama-sama. Part intro dan outro tak ramai yang tahu. Betul tak ? Kelakar sangat.

Alisa yang begitu seronok bermain air sambil menyanyikan lagu tersebut. Konon nya nak nyanyi dari awal sampai akhir. Tapi macam salah je dik lirik nya, mula-mula dengar ingat lagu apa, bila dah sampai chorus baru perasan lagu Benggin’.

Bak kata netizen, mereka tidak perasan pun lirik itu tidak seperti yang asal, mereka fikir sudah betul. Dah jadi macam medley bila Alisa yang nyanyikan. Takpalah dik, sebab kan Alisa comel, so aunty semua jadi suka dan terima sajalah lagunya.

Lepasni boleh la pakat buat ringtone lagu yang telah dinyanyikan oleh Alisa tu, pasti tersengih bila ringtone berbunyi time orang call. Mana taknya, comel sangat suara nya, biarpun salah tapi comel. Betul tak ?

Sumber : Ig Hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!