“Sedih tgk diorang bos, rasa bahagia sangat bila bos bersama diorang”- Netizen

Siapa saja tak mengenali pasangan serasi sama cantik sama padan iaitu Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel, mereka ini selalu saja memuat naik video romantic mereka. Suka sangat tengok diorang tau, sweet sangat. Tak habis-habis dengan gelagat mereka tu, comel betul lah,idola pasangan di luar sana.

Mereka juga selalu saja join trend di Tiktok, jiwa muda betul lah, sekali sekala tu, rajin juga buat parodi bersama, kejap tu mode Hindustan, kejap tu Hollywood dan sebagainya. Seronok betul ada pasangan sehati sejiwa macam ni kan.

Tapi, di sebalik kegembiraan mereka ke sana sini, mereka tidak pernah melupakan insan yang memerluk4n. Mereka juga yang turut dikenali sebagai usahawan muda, tak pernah jemu pun untuk sentiasa membantu orang lain.

Ada dimuat naik video mereka yang pergi menziarahi rumah anak yatim. Sebak sangat tengok video tersebut, melihat anak-anak kecil, semuanya comel-comel dan suci sangat mukanya, yang pergi bermanja mesra dengan Wawa.

Wawa dengan caption nya “menangis dalam hati tengok budak2 ni,😭jat0h cinta dengan mereka,kecik2 da pandai jaga adab,dengar kata. masyaAllah .. berkesempatan menyantuni anak2 asnaf dan anak yatim semalam .. semoga silaturrahim ini berkekalan.. Alhamdulillah wawa & aeril da ada 45 anak angkat”.

Wah, terharu sungguh tengok hasil usaha Wawa untuk menyantuni rumah anak yatim. Yang paling terharunya, Wawa dan Aeril kini sudah pun mempunyai 45 orang anak angkat. Terharu betul lepas tahu hasil usaha tersebut.

Rata-rata netizen sangat teruja dan bersyukur dengan tindakan pasanga tersebut. Bukan ramai yang sanggup berbuat begitu, jadikanlah contoh sebagai rujukan kita semua, supaya sentiasa menyantuni dan menyanyangi anak yatim.

Biarpun sibuk dengan peursahaan yang dibina bersama, tetapi tidak juga dilupakan kepada golongan yang lain. Usahawan beginilah yang kita mahukan, sentiasa ingat akan orang lain, dan juga selalu saja berkongsi rezeki sesama insan.

Justeru, semoga dengan tindakan pasangan tersebut dapat dijadikan contoh teladan kepada kita semua. Dan semoga kesemua anak angkat Wawa dan Aeril dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di masa akan datang.

Sumber : Ig W4w4_zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!