“Sedapnya tone suara klasik sangat” – Netizen

Sebut sahaja nama Fazura dan Fattah Amin, sudah tentu ramai yang telah mengenali mereka. Mereka merupakan salah satu antara pasangan yang sangat diminati ramai dengan kecomelan dan pelbagai telatah nya. Manalah tak ramai peminat kan. Dahlah sepasang pasangan yang sangat humble dan sangat menghorm4ti para peminatnya.

Mereka berdua ni ada saja gelagat dan telatah yang membuatkan para netizen tergelak. Banyak betullah idea nak pikat hati para peminat, nak pula Fazura tu. Tak habis-habis kenakan suaminya ketika sedang melakukan live di Instagram. Comel sangat bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.

Baru-baru ini, mereka ada membuat satu video marketing produk keluaran mereka. Tetapi lain, macam lain tau marketing kali ini, ada ke patut mereka mengimbau kembali kenangan cerita di zaman P Ramlee dahulu. Kalau tengok video tu memang terbahak-bahak.

Mereka yang membuat parade Movie Madu Tiga, sangat mencuit hati para netizen. Rasanya nama bagi Abang Jamil, ni sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Sebut saja abang Jamil, terus teringat akan kahwin dua dan 3. Kelakar sangat sampai sekarang ya masih ramai lagi mengingatkan movie tersebut.

Fattah atau Jamil yang kononnya bertanya kepada Fazura atau Kak Tipah di manakah butang baju Melayu nya, dan Fazura pun berasa sangat hairan ke manakah beliau akan pergi. Dengan menggunakan baju Melayu ini.Kerana setiap kali mereka siap kali Fattah ingin pergi ke kenduri kahwin beliau sentiasa memakai baju lain.

Jamil terus tanya pada Tipah di manakah butang baju Melayu nya, dan Tipah turut berasa curiga dan banyak bertanya kepada Jamil, siap bergad0h  mulut lagi tau. Kelakar sangat tengok pasangan ni. Banyak celoteh nya.

Bak kata Fattah a.k.a Jamil, inilah perempuan, kalau pakai baju Melayu je difikirnya nak bernikah kahwin lagi, kalau asyik balik lewat malam je terus difikirnya pergi ke rumah j4nda. Kelakar sangat terus Jamil membebel.

Di akhir scene tersebut, Tipah bertanya kepada suaminya ke manakah beliau ingin pergi berbaju Melayu. Terus Jamil berkata beliau ingin ke kenduri kawan nya yang turut sama bernama Jamil yang merupakan bos company besar, ingin kahwin lagi. Tipah pun pelik, bukannya Jamil hanya Fattah seorang saja di kawasan tersebut ?

Agaknya apa yang berlaku ye seterusnya ? Kan dah terkantoi dengan isteri. Macam-macam hal lah Bang Jamil ni. Harapnya ada sambungan lah kepada parodi tersebut. Bukan apa, comel sangat tengok telatah suami isteri tu.

Sumber : Ig Missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!