“Sedap dengar bunyi sebut daddy tu” – Liza Hanim

Siapa saja tak suka akan karenah dan telatah anak-anak kecil ? Rasanya semua orang sukakan anak-anak kecil. Tengok muka mereka saja boleh membuatkan kita semua happy dan tertawa. Senang je nak buat kita happy ni sebenarnya kan. Tak perlulah susah-susah mana yang penting kita semua happy.

Tapi, ada juga ibu bapa yang jenis kuat menyakat anak-anak mereka. Ada sajalah idea yang membuatkan mereka ni terhibur, tapi ada juga yang jenis suka dan sengaja memb0li anak-anaknya. Bukan lah niat menyakiti, tetapi hanya gurauan manja saja.

Khawla anak kepada Ernie Zakri selalu saja menjadi tumpuan ramai, dek kerana perangai comel nya tulah. Selalu mencuit hati para netizen, dan banyak sangat ragamnya yang membuatkan kita semua geram dengan perangai sempoi dan comelnya.

Ada dimuat naik video Khawla yang teresak-esak menangis memanggil nama daddy nya. Kalau korang dengar Khawla menangis tu, mesti korang akan terhibur dan merasakan si kecil tu sangatlah comel tau. Eii geram betul dengan dia tu.

Daddy dia Shamel suka sangat lah menyakat puteri kesayangan dia tu. Alahai, kesian Khawla kena layan perangai daddy. Asyik je kerja dia tu dek kerana daddy nya yang suka kenakan dia tu tau. Comel betul anak beranak ni. Hehe.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan gelagat Shamel dan juga Khawla tu tau. Rasa nak balas dekat Shamel balik apa yang dia buat dekat anak kesayangan dia tu. Amboi dia, suka eh sakat Khawla hehe. Tak pernah tak lawak.

Sian Khawla teriak-riak panggil daddy dengan mommy dia. Daddy dia duk gelak je tengok anak kesayangan dia tu. Kita pun suka juga sakat anak-anak kita, bukan mereka saja. Bukan apa, kadang tu suka tengok anak-anak kita merengek dan menangis manja.

Kalau korang suka sakat anak-anak macam mana ? Seronok kan tengok perangai yang comel-comel macam tu. Bukan ada niat jahat pun, Cuma guraun manja-manja sahaja. Tak kan lah asyik naks serius je setiap masa kan. Betul tak ?

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa gelagat anak-anak selalu saja menghiburkan hati kita semua. Dapat lah hilangkan rasa penat bekerja tu tiap kali melihat telatah mereka semua. Tatap wajah mereka sekejap pun takpa tau. Itu pun sudah memadai.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!