“Seat tu tinggi skit, tkot org nmpk kreta jalan sndiri”- Danial Zaini

Untunglah orang berbadan kecil. Umur dah banyak pun orang tengok sentiasa remaja saja. Sudah namanya pun pelawak, tengok mukanya pun ada rasa nak tergelak, apalagi dengan saaiz tubuhnya yang kecil. Kadang orang lain yang melihat itu pun sebagai ‘bahan’ untuk bergurau dengan empunya diri. Begitupun dalam kekurangan itulah mereka yang bijak melihat ia satu kelebihan kan…

Siapa saja dalam dunia pelawak di negara ini yang tidak kenal Ngasrizal atau mesra dipangggil “Bell” Ngasri. Selain pelawak, Bell juga sebenarnya pelakon yang serba boleh dalam membawakan pelbagai watak.

Cumanya dek sa1z badannya yang ‘comel’, dia sering diberikan peranan sebagai anak remaja. Sudah namanya pelawak, dalam medsos pun jadi bahan buatnya dan netizen. Lihatlah perkongsian Bell ini.

Menulis di kapsyen bahawa dia bersyukur setelah bekerja lama, mengerah peluh dan keringat dan berhempas pulas lebih 30 tahun dalam bidang seni, coret Bell akhirnya dia dapat merasa duduk, pegang dan selfie dengan Porsche.. Alahai sempat lagi Bell berjenaka ya..

Begitupun agak mencuit hati apabila selain rakan artis, tak kurang netizen yang menegur agar ‘budak-budak’ jangan bawa kereta. Lebih haru, apabila ada yang memintanya agar meninggikan tempat duduk kerata takut kereta nampak seakan berjalan sendiri.

“Seat tu tinggi skit. Tkut org nmpk kreta jalan sndiri bellngasriofficial”, “Selamba je kawan saya ckp abg bell pakai batu bata nk bagi tinggi time bawak keta…. Dah terbukti tiada batu bata”,

“Budak bawah umur dilarange memandu”, “Kena ejas seat tu bagi tinggi..Kalau tak org nampak kereta takde driver”, antara komen netizen di hantarannya yang mempelihatkan dirinya sedang duduk di tempat duduk pemandu dan memang stereng sebuah kereta luar negara itu.

Apa pun pastinya Bell maklum akan netizen yang hanya mahu bergurau dengannya. Begitupun, dalam kelakar, ada juga yang berasa syahdu dengan kapsyen hantaran Bell itu. Mana tidaknya, jika pelakon di Eropah pasti kaya raya apalagi sudah 30 tahun berlakon.

Akan tetapi, tak pasti akan makna di sebalik coretannya itu sama ada serius atau sekadar gurauan Bell. Apa yang pasti ramai memujuk Bell, biarpun sebaliknya… suatu hari nanti pasti Bell akan dapat juga kenderaan yang di’selfie nya itu.

Ada juga netizen yang prihatin dengan mengatakan hanya memandang bakat Bell, harta benda bukan yang mahu dilihat. Tak kurang juga yang mendoakan agar Bell sentiasa sihat dengan berkat menghiburkan penonton melalui lakonannya sejak dahulu hingga kini.

Sweet juga netizen ni ya. Buat mata masuk habuk pula. Bell yang tahun ini berusia 42 tahun memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak.

Dia merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada pelakon, Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri.

Sumber : Ig Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!