“Sama mcm my husband, shopping kasut kaalah perempuan” – Netizen

Biasanya golongan lelaki dikatakan lebih sempoi jika dibandingkan dengan orang perempuan yang agak komplikated sedikit. Mana tidaknya, kalau dah melaram, bukan setakat busana dan mekap, pendek kata dari hujung rambut hingga ke hujung kaki nak nampak rapi dan elok. Sudahnya kasut sahaja dah berpasang-pasang supaya senang nanti nak disuaipadankan dengan baju.

Tapi siapa kata peel itu hanya ada pada wanita. Orang lelaki pun sama saja dan barangkali lebih lagi daripada itu, macam usahawan dan pelakon, Fizo Omar atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Abe Joe ini.

Lihatlah perkongsian video Fizo di Instagramnya ini, rupanya berlambak koleksi kasut dia ada hinggakan isterinya, Fazeera Nazri pun sampai terduduk melihat koleksi sepatu yang dimilikinya.

Kata Fazeera, kasut Fizo berlainan jenis. Untuk berjoging kasut lain, berjalan-jalan kasut lain… Namun katanya lagi kalau dirinya orang perempuan bila nak beli kasut, Fizo lihat semua kasut sama sahaja. Huh… tak aci kan…

“Same like my husband, untuk pi jln2 lain, sport, j0gging, tak cukup 1.  kalau saya smua sama je haha”,“Sama, rak kasut baju tu semua husband punya, bini tumpang sipi sipi ja”.

Itu antara komen netizen. Agak mencuit hati tatkala pertanyaan Fizo di kapsyen hantarannya itu yang menyoal sama ada ada suami lain yang ada hobi memiliki koleksi kasut sepertinya, ramai menjawab ada.

Tak sangka juga kan, kita ingat orang perempuan saja ada banyak koleksi kasut macam ni. Lelaki pun sama saja. Kata Fizo sendiri, jika sudah minat tu sampai susah untuk hentikan hobinya mengumpul kasut.

Katanya lagi, lagi-lagi barang rare yang susah diperoleh, tentulah yang diminati dia akan cuba untuk mendapatkannya. Apa pun janji hobi yang tidak menyusahkan orang lain, apa salahnya. Teruskanlah…

Difahamkan, Fizo sekeluarga bersama isterinya yang baharu melahirkan dalam proses untuk berpindah ke kediaman baharu. Wow beruntunglah… Pasti ia juga rezeki buat anak baharu dan isteri tersayang.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Mawar Abdul Karim pada 10 November 2013 dan mendapat seorang cahayamata. Begitupun mereka berpisah pada 10 Julai 2019. Fizo kemudian bernikah dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu.

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!