“Roxy tak0t kantoi takleh jawab, cecepat dia blah” – Netizen

Kalau tonton drama bersiri yang lucu dan dapat menghibur hati mesti layan pun tak bosan. Ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain. Pasti tak sabar je rasanya nak tunggu episod seterusnya. Yang paling penting sekali pastilah pelakon yang membawa watak tersebut. Kalau berlakon seperti kayu, penonton pun pasti lari feeling nak tonton sampai habis cerita tersebut.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang rantaian drama di slot Dahlia TV3 yang sedang disiarkan sekarang. Kering gusi dibuatnya dengan telatah lucu robot yang bernama Roxy ini. Membawa barisan pelakon hebat termasuk baru dan lama iaitu Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira serta ramai lagi.

Walaupun pernah mendapat beberapa kritikan daripada penggemar drama tempatan sebelum ini, namun penerimaan penonton terhadap drama ini semakin baik. Ini kerana plot cerita yang dikatakan pelik sebelum ini semakin mencuri hati penonton dengan gelagat dari Roxy yang sememangnya lucu dan menghiburkan.

Cuplikan video dari drama tersebut telah dikongsi oleh Nadiyah Shahab iaitu pelakon utama drama tersebut yang sedang mempromosikan episod terbaru di Instagramnya.

Lakonan menjadi seorang robot yang sememangnya harus menjadi kaku dan keras, Roxy dengan terbuka menanyakan soalan lucu kepada pakcik yang sedang menunaikan solat.

Roxy yang dipilih oleh pasangan Aqil dan Arissa untuk menjadi pembantu rumah ini sememangnya sangat terbuka dalam menanyakan soalan kerana nalurinya sebagai seorang robot walaupun berwajah manusia. Kalau robot berfikir dahulu sebelum bertanyakan soalan nanti nampak pelik pula kan.

Tidak lama selepas persoalan yang bermain di kepala Roxy mengapa pakcik solat dengan lama, pakcik kemudiannya bertanya banyak soalan kepada Roxy. Gelagat Roxy yang terus melarikan diri dan mengelat dari menjawab soalan itu sangat menghibur hati para penonton.

Bukan hanya netizen yang cukup terhibur dengan salah satu babak dari episod drama itu, rakan artis iaitu Aprena Manrose turut meningg4lkan komen dan berkata bahawa Nadiyah sangat lucu membawakan watak Roxy itu.

Netizen turut berkata bahawa mereka tidak kisah jika drama ini mempunyai banyak episod kerana sekurang-kurangnya dapat menghilangkan stress para penonton.

Mesti susahkan nak berlakon jadi robot depan banyak kamera. Nama pun robot, sudah pasti lakonan harus nampak kaku. Lepas ni boleh bagi peluang Nadiyah berlakonan watak lain pula. Mesti bagus lakonan dari pelakon cantik ini kalau bukan jadi robot.

Sumber: Instagram Nadiyah Shahab

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!