“Rambut tu aihh, buat lah treatment sikit, k4sar r0sakk” – Netizen

Menjadi adik kepada selebriti ternama, Neelofa kehidupan wanita ini tak pernah sunyi daripada ingin diketahui netizen. Biarpun suatu ketika dahulu namanya pernah ‘naik’ dek kelantangannya bersuara tentang sesuatu isu, kini biarpun hanya mengambil pendekatan senyap, masih ramai saja peminat dan pengikutnya tak jemu mahu mengetahui apa saja dilakukan instafamous, Ameera Khan ini.

Juga dikenali dengan nama Little Miss Khan, menjengah ke Instagramnya, ada sesuatu yang menarik perhatian netizen hari ini apabila membaca coretan aktor kacak, Idris Khan di ruangan komen hantaran Ameera.

Terdahulu dengan berpakaian hitam, mekap nampak polos, selain keadaan rambut panjangnya yang dilepaskan, foto-foto hantarannya itu mendapat perhatian aktor, Idris Khan.

Sempat pelakon itu men1nggalkan coretan di hantaran Ameera dengan komen: ‘P0st d3lete p0st del3te’. Gamaknya maksud Idris, Ameera suka mengepos hantaran di medsosnya kemudian memadamkannya.

Netizen yang ternampak komen Idris itu pula memberikan komen dengan bertanyakan sama ada lelaki itu ‘berkenan’ dengan Ameera. Wah… cepat je netizen menghidu dan ‘menangkap’ sesuatu…

Pertanyaan netizen itu kemudiannya dibalas sendiri oleh Idris dengan mencoret ‘ayat cover’. Hantaran pagi itu dibalas Idris dengan mengatakan dia sedang ‘berkenan nak makan breakfast (sarapan) saja kerana lapar…’.

Ya ke tu… ? jarang Idris masuk komen kat IG Ameera ni… Tentulah netizen hidu sesuatu… Sebelum itu, komen pertamanya itu hanya dibalas ‘Hahahaha’ oleh Ameera. Ameera pun macam gelak ada makna ya…

Apa pun hanya mereka berdua yang tahu apa ada dalam hati masing-masing… Jika diikutkan rasanya dua-dua masih bujang… Mana tahu kalau ada berjodoh pulak, kita doakan yang baik-baik sudah. Lihat komen di bawah, ada netizen mengatakan yg rambut Ameera r0sak..

Tak pasti apa ‘statusnya’ sekarang, macam mana pun Idris sebelum ini dikhabarkan sudah mempunyai buah hati, wanita Maghribi, Sanaa Jeljalane dan bakal melangsungkan perkahwinan.

Macam mana pun itu cerita dilaporkan pada hujung tahun 2018 apabila Idris melamar Sanaa di suatu lokasi berlatar belakangkan istana lama, Istana Gyeongbokgung dan Gunung Bugaksan di Korea Selatan. Sekarang macam mana tah…

Sumber : IG Ameera Khan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!