“Ramai yang happy dgr lagu ni lps isuu terbaru” – Netizen

Sehari dua ni kecohlah di medsos tentang kisah rumah tangga membabitkan tiga penjuru selebriti tu… Dasyat sungguh penangannya, sampaikan ramai netizen buat hantaran perkongsian apapun di medsos masing-masing, sedikit sebanyak pasti menyentuh kisah mereka. Terkesan sungguh netizen mengalahkan isv kekurangan minyak paket dan bekalan telur ayam di pasaran pada masa sekarang.

Apa pun memang tak dinafikan ramai yang kecewa dan sebak apa yang berlaku apatah lagi kemelut timbul membabitkan soal hati dan perasaan. Bayangkanlah bertahun rupanya sudah berlanjutan.

Hanya baharu semalam segala tanda tanya selesai, itu pun selepas tuan punya badan menjawabnya selepas didesak banyak pihak. Yang pasti, rentetan kisah masih belum berpenghujung.

Ada bersimpati dan mendoakan yang terbaik, tak kurang juga yang menangguk di air keruh. Apa pun, biar apa berlaku, semuanya dengan ketentuanNya dan kita sebagai manusia patut melihat ada hikmahnya.

Masa inilah orang sekeliling yang berpengetahuan mula berkongsi ilmu, yang lena mula terjaga, yang tiada ilham datang idea. Gamaknya macam perkongsian selebriti, Baby Shima ini. Sampai ini hasilnya kreatifnya.

Jika melihat perkongsian video Shima ini, dia mendendangkan lagu Madu Tiga yang mana lirik asalnya ditulis oleh seniman agung, Allahyarh4m, Tan Sri P Ramlee. Ia tentang orang berkahwin lebih daripada satu.

Biasa lagu-lagu lama kian tenggelam ditelan arus, begitupun dengar lagu ni ada juga mengaitkannya dengan kisah poligami selebriti terbabit. Sama ada kebetulan atau sebaliknya, hanya Shima tahu.

“Macam tgh kena lgu ini dgn isu semasa sekarang”, “Amboi sempat dia recording .. mcm tahu2 ja”, “Jangan cari pasal, kang dia datang h3ntam you”, “Banyak yg happy dengar lagu ni. Lepas isv terbaru”. Itu antara komen netizen.

Ramai juga yang meneka lagu remix itu sengaja di’upkan, memandangkan isv sedang hangat diperkatakan sekarang. Kalau tak memang betul ‘terkena’ dan tahu-tahu pula di musim ‘panas’ ini ia timbul.

Perihal perkahwinan pasangan selebriti berkenaan hangat diperkatakan susulan ramai yang mengikuti perkembangannya dan menjadi teka teki apabila satu pihak sebelum ini ambil pendekatan mengunci mulut. Moga semua selesai dengan baik…

Sumber : IG Baby Shima

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!