“Pengs4n saya tengok awak” – Netizen

Biarpun baharu melahirkan cahaya mata pertamanya pada 10 Mei lalu, semakin hari tampaknya kelibat pelakon ini semakin kembali seperti zaman anak daranya yang comel dan lawa. Selain rakan artis, tak kurang netizen yang memuji empunya diri, Mira Filzah. Apa tidaknya, lihat saj4lah hantaran yang dikongsikan dirinya ini… eh dah macam video lama yang di ‘up’ semula pulak…

Apa tidaknya, dengan wajahnya yang ayu dan glowing, merenung manja pula pada lensa kamera, ramai yang boleh ‘cair’ dibuatnya. Silap haribulan yang tak tahu dirinya dah berpunya pun nak datang meminang…

Jangan dibuat main… Apapun tak kurang netizen yang memuji ibu kepada Wan Khair Amir ini. Tak dinafikan sememangnya raut wajah Mira sudah kembali ke asal jika dibandingkan dirinya sedang berbadan dua lalu.

Masakan tidak, mungkin pembawakan budak, mukanya dalam tempoh itu pernah terlihat terlalu cengkung tak bermaya. Ada juga yang mengatakan dek itu, Mira tika itu nampak lebih berusia berbanding usia sebenarnya.

Biasalah tu… itu perkara lazim akan ditempoh oleh ibu hamil. Pastinya tidak terkecuali Mira walaupun ada juga sesetengah ibu yang berhadapi situasi sebaliknya. Apa pun kini Mira dah kembali elok seperti biasa.

“Pngsan saya tgk awak”, “Cantik sgt mira, kena pulak dengan background music tu mmg main peranan”, “wow cantik umi amir ni”, “Ehhh, tersenyum sekali nengoknyee..”,

“Miwaa you look stunning”, “Cantik sgt ciptaan Allah tapi jangan pamer sgt bagi Org bukan mahram tgk yg menarik hati .. itu satu dosa juga cukup tunjuk muka pun ok nmpk cantik dah”. Itu antara komen netizen.

Tak dinafikan, sekali pandang muka Mira dah macam artis wanita Korea pulak. Kenalah dengan latar belakang muzik bertajuk But It’s Destiny oleh 10cm, persembahan kumpulan band dari Korea Selatan ini.

Begitupun ada juga sesetengah netizen di ruangan komen hantarannya itu yang ‘risau’ bila Mira ‘belanja’ wajah manjanya di medsos ini. Kata mereka risau timbul hal lain tak sepatutnya pula.

Apa pun gamaknya sebagai artis sudah tentu ada keperluan untuk mereka menayangkan wajah di medsos. Kadang itu juga salah satu daripada skop kerja. Husnuzon saja sudahlah ya…

Selain pelakon, Mira mendirikan rumah tangga dengan  Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 16 Julai 2020 juga seorang model dan usahawan produk kecantikan serta tudung dan pakaian.

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!