“Penat2 haku posing ingat dpt lagu You Are My Angel”- Wawa Zainal

Siapa saja tak mengenali pasangan kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Seperti yang kita ketahui, pasangan tersebut sangat banyak ragamnya dan sangat lucu. Dua-dua masuk air. Seronok kan dapat pasangan macam tu, kita yang tengok ni pun turut dapat merasai betapa bahagianya keluarganya.

Boleh dikatakan setiap hari akan ada sahaja video pasangan tersebut membuat lucu. Tanpa kita sedari, sedikit sebanyak dapat menghiburkan hari-hari kita. Rasa geram juga kadang-kadang  dengan pasangan tersebut. Terlalu comel.

Ada di muat naik video di Instagram Aeril Zafrel yang merekod isterinya yang cantik sangat tu . Siap memakai gaun warna merah lagi tau. Dengan senyuman dan lesung pipitnya tu, kita tengok dia pun cair. Sweet sangat pasangan suami isteri tersebut.

Tapi apa yang peliknya, setelah audio yang digunakan oleh Aeril dalam video tersebut bunyi nya agak pelik. Bukan apa, beliau akan menggunakan audio Power Rangers tau. Bukan ke Power Rangers tu cerita kesukaan kanak-kanak ?

Kelakar sangat tengok video tersebut. Videonya cantik, tapi setelah digunakan audio sebegitu rupa, agak janggal ya. Kesian Wawa kena scam dengan suami sendiri. Dia punyalah beria, sana sini senyum. Tapi lain pula jadinya kan.

Bak kata Wawa, beliau puas posing lawa-lawa. Ingatkan audio yang digunakan adalah lagu You Are My Angel. Tapi bila dapat dekat Wawa, terus digunanya lagu lain. Rosak terus ya video nya. Adoi lah suka sangat sakat orang.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat suami isteri tersebut. Kesian Wawa kena sakat dengan suami sendiri tau. Kalau kita jadi Wawa pun kita geram. Rasa nak tarik je telinga suami,kalau sebegitu gaya lah kan.

Kalau korang jadi Wawa, apa yang korang akan lakukan kepada suami kakorang. Adakah akan marah dan menyuruh mereka memuat naik semula video dengan menggunakan lagu yang sesuai atau bagaimana ? Tapi tak apalah kan dah upload pun.

Tidak dapat dinafikan, bahawa mereka berdua ini sangat serasi dan menjadi idola kepada pasangan lain diluar sana. Seronok bila tengok pasangan-pasangan sebegini, tiap hari penuh dengan ragaman yang melucukan.

Sumber : Aeril_zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!