“Ok faham dah, tipah tak tertiipu lagi”- Netizen

Melakukan kerja-kerja pengambaran sesebuah drama atau filem bukan mudah ya. Pasti banyak tugas yang perlu dilakukan bagi memastikan ia siap mengikuti tempoh masa yang telah ditetapkan pihak produksi. Begitupun, dengan teknik dan kaedah yang tertentu pastinya akan memudahkan. Jika sebelum ini kita hanya melihat drama-drama dan filem di layar perak yang telah siap disunting, tapi kalau dilihat pembikinan di belakang tabir ada kalanya kita takkan sangka begitu rupanya kaedah pengambarannya. Itulah yang dikongsikan pengarah, penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof.

Jika dilihat hantaran terbaharunya, Eizlan berkongsi bagaimana kaedah pengambaran rakaman dibuat untuk scene yang perlu menampakkan pelakon dalam sebuah kereta yang sedang bergerak. Jika orang biasa pasti ingat kereta sedang bergerak betul di jalan dan kamera merakamkan situasi.

Bagaimanapun boleh sahaja scene itu dirakam tanpa memerluk4n pergerakan tayar sedikit pun. Sebaliknya kereta hanya ‘diam’ setempat. Barisan produksi hanya perlu menyediakan props peralatan dan teknik bagi memperlihatkan berlaku gerakan kenderaan.

Agak mencuit hati apabila melihat di belakang tabir props digunakan adalah seperti dedaun dahan pokok sehelai dua, manakala, seorang kru membantu untuk menghenjut-henjutkan kenderaan. Barulah nampak cam real ia sedang bergerak.

Eizlan sendiri menjawab di ruangan komen hantarannya itu bahawa apa dilakukan adalah teknik shooting bagi memudahkan kerja. Menariknya, ramai pula netizen di ruangan komen yang mengakui baharu tahu akan teknik itu yang selama ini hanya tahu menonton.

“Tertipu lah.. konon2 drive kat obersea”, “Ooo gitu, baru tau”, “Selalu penonton kena tipu,tapi macam real”, ” Sy nak apply keja yang pegang dahan pokok tu”, “Jimat kos minyak tu Dato’, nanti takpayah pening2 klu tersalah masuk simpang”, “Ok faham dah, Tipah tak tertipu lagi”, itu antara komen netizen.

Begitupun, bagi komen netizen yang merasakan ‘tertipu’ dengan teknik ini, terang Eizlan sudah tentu lakonan bukanlah sesuatu yang benar. Ia sekadar lakonan. Ha… Betul juga kan. Apa pun, jangan sekadar tengok TV, ada juga ilmu pengetahuan yang dikongsikan beliau ya…

Eizlan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1998 TV3 melalui persembahannya di dalam Panas. Pada tahun berikutnya, 1999, Eizlan telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan melalui persembahan lakonannya di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di anugerah Festival Filem Malaysia ke-14.

Jangan tak tahu, Eizlan juga pernah dinobatkan anugerah ‘Asian Most Promising Actor’ di 24th Chunsa Film Awards : Chunsa Asia Awards pada tahun 2019 di Korea Selatan. Wah… Pernah membawa nama Malaysia ks luar negara rupanya Eizlan ni…

Eizlan pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Santie Harun pada 7 Julai 2007 sebelum bercer4i talak satu pada 28 September 2014. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Beliau menamatkan zaman dudanya selepas 4 tahun dengan mengahwini Natasha Rosa Boudville, seorang wanita berketurunan Serani pada 12 Disember 2019 Dan menimang cahayamata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2021.

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!