“Ni Hanaafi sikat tepi ke”- Puteri Aisyah

Pasangan yang diminati oleh peminat dan penonton drama pasti mengikuti artis pujaan mereka. Bagi setiap drama mesti mempunyai pasangan untuk watak utama, dan apabila digandingkan sekali lagi pasti peminat yang sama akan menontonnya lagi malah lebih mengharukan ialah para peminat akan mengikuti setiap perjalanan artis pujaan mereka. Apatah lagi pada masa kini semua artis mengemakini di ig milik mereka.

Selepas Dia Semanis Honey tamat,masih ramai yang meminta agar Alif Satar dan Siti Nordiana digandingkan sekali lagi. Mereka telah beberapa kali digandingkan bersama. Serasi bersama dan nampak manis bila bersama. Sama padanlah.

Walaupun sudah beberapa kali digandingkan, namun peminat tidak jemu malah tidak sabar menantikan drama terbaru mereka.

Baru untuk memulakan penggambaran, Alif memuat naik satu gambar bersama Nana, dengan kapsyen ‘Nana bersama Hanaafi’.

Disebabkan nama H4nafi itu, perkara tersebut lebih mendapat perhatian oleh pengikut beliau. ‘Haanafi sikat tepi ke’? ‘Ala jgn jadi Haanafi’ , dan banyak lagi komen yang melibatkan nama tersebut.

Alif menjawab watak yang beliau lakonkan tersebut ialah Haanafi, lalu banyak juga komen yang agak kecewa mengapa nama itu digunakan.

Alahai netizen, apa ada pada nama. Jangan salahkan nama wahai netizen. Nama tidak salahnya. Mereka masih merahsiakan nama drama dan produksi kerana belum disiarkan dan belum boleh dipromosikan.

Tak apa harapnya ‘Haanafi’ versi Alif ini tidak mengecewakan dan semua peminat boleh terpegun dengan ‘Haanafi’ versi Alif.

Sumber: ig aliffsatar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!