“Ni dah besar nnt mesti nangis tak kasi abg dia kawin”- Netizen

Keluarga kecil Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa menjadi tumpuan para peminat. Tidak di nafikan bahawa pasangan popular ini mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri sehingga apa jua perkongsian mereka di media sosial sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Warganet yang juga sering mengikuti aktiviti keluarga ini menjadikan mereka sebagai rujukan dan juga idola.

Sebagai pasangan popular, anak- anak pasangan ini juga turut di kenali ramai. Hairul dan Hanis mendirikan rumahtangga pada 2015 dan mereka di kurniakan 2 orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua anak mereka.

Sehingga kini para pengikut Instagram buat kedua anak mereka telahpun mencecah beberapa juta pengikut. Anak- anak pasangan ini juga mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri.

Setiap kali pasangan ini berkongsi aktiviti bersama anak-anak, pasti akan ada sahaja yang menjadi bualan Netizen. Terutama anak mereka yang kedua iaitu Alisa Aisyah.

Wajah Alisa yang sangat comel serta gelagat kanak- Kanak tersebut yang sangat menghiburkan buatkan para Netizen sering tak Kering gusi melihatkan Alisa.

Ramai yang geram dengan gelagat comel Alisa itu. Sikap kanak-kanak berkenaan yang adakalanya suka “berlaagak” bak seorang diva kecil juga mencuit hati Netizen.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Alisa Aisyah, beberapa gambar terkini semasa majlis sambutan hari jadi dua orang adik beradik itu telah di muatnaik.  Keakraban Alisa dan abangnya Yusuf mencuri tumpuan para peminat.

Kelihatan di dalam setiap gambar yang di kongsikan itu Alisa tidak dapat berenggang daripada abangnya Yusuf. Alisa memeluk erat abangnya malahan mengikuti kemana sahaja abangnya itu pergi.

Menjengah keruangan komen pula, para peminat memuji sikap Yusuf yang sangat mengambil berat akan adik perempuannya Alisa. Sikap Yusuf yang sangat menjaga adiknya itu seperti seorang abang yang sudah dewasa dan sangat melindungi Alisa.

Malahan wajah kedua- dua adik beradik itu saling tidak tumpah mewarisi wajah kedua ibu bapa mereka. Hubungan yang sangat erat dan penuh kasih sayang antara kedua orang adik beradik itu menyentuh hati para peminat.

Para peminat yang terharu dengan hubungan adik beradik itu mendoakan mereka berdua supaya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta membanggakan kedua orang ibu bapa mereka suatu hari nanti.

Berikut pula di kongsikan antara komen- komen yang di tulis oleh para peminat pasangan adik beradik ini di ruangan komen hantaran berkenaan.

“Comelnyer kwn2 yusuf, princess alisa pon cantekk tp malu  hepi besday yusuf & alisa” – Netizen

“Alisa manjanya dgn abg dia… Yusof pun abggg sgt duk protect adik dia…. alolo sweetnya” – Netizen

“Cepatnya Masa Berlalu.. Both Already Grown Up To A Charming Prince And Beautiful Princess.. Just Like Their Mummy And Daddy..” – Netizen

Ramai yang menzahirkan rasa geram dengan kecomelan dan gelagat Alisa yang tidak lepas berpegang tangan bersama abangnya Yusuf. Tidak puas rasanya menonton gelagat kanak- Kanak tersebut di media sosial menerusi video pendek dan gambar yang di muatnaik oleh ibu bapa mereka. Comelnya Alisa dan Yusuf ni kan.

Sumber: Instagram alisa aisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!