“Nasib baik mak awak tak menggiila mcm dlm drama” – Netizen

Memiliki cahaya mata yang masih kecil sememangnya menceriakan hari-hari pasangan yang sudah diijabkabulkan. Mana tidaknya, aksi-aksi mereka biasanya comel dan mencuit hati. Dengan kehadiran merekalah jadi penambat rumah tangga selain mengundang ceria. Pendek kata apa sahaja dilakukan mereka sama ada yang disukai atau sebaliknya perlu dihadap oleh kita. Kalau aksi mereka itu buat kita rasa rengsa pun perlu bertabah jua kerana nak dimarahi pun tak boleh sebab usianya baharu setahun jagung. Itulah yang perlu dihadapi pelakon, Emma Maembong ini.

Lihat saj4lah aksi anaknya yang makan aiskrim hingga menjelejeh ke baju dipercayai baju rayanya. Bukan sedikit, tetapi bercapuk-capuk dengan jelejeh aiskrim yang tertumpah dek suapan si kecil tak masuk betul-betul ke dalam mulut.

Dilahirkan pada 8 November 2020, Shariq Gabriel nampaknya semakin bijak berdikari nak menyuapkan makanan ke mulut sendiri. Sebagai ibu sedikit sebanyak tentulah rasa bangga apabila anak yang semakin membesar dan belajar sesuatu yang baharu.

Begitupun, dalam proses tumbesaran mereka, banyak benda dilakukannya, ibu perlu tutup sebelah mata. Antaranya apabila anak sedang belajar makan sendiri, jngan haraplah mereka makan elok tanpa sedikit pun comot.

Namun lihat saj4lah reaksi muka Emma itu apabila berdepan situasi sedemikian, walaupun si anak comot teruk terpaksa redhakan saja. Sekali pandang, macam Emma berkata dalam hati, ‘dah abis tumpah kena baju pun, redha jelah….” Adeh… Tabahlah ibu..

Mesti ramai ibu-ibu lain pun berdepan situasi seperti Emma bukan… ? Nak dimarahi pun tak boleh.. Tapi yang sweet nya apabila Gabriel turut menyuapkan aiskrim ke mulut ibunya. Manakala Emma pun pasrah sahaja melalui riak wajahnya.

“Level pasrah 100%”, “Nasib baikla mak awak tak menggiila macam dalam drama”, “Mak is redha, klu anak kecik ni le ghupenya, sehari 5, 6 kali tukar”, “Bertabahlah mama iyeee”, “Nak kesian tapi sis pilih gelak dulu”, “Cute giler mak dia redha tgk baju si kenit tu.” Itu antara komen netizen.

Ramai juga yang memberikan sokongan kepada Emma dengan mengiyakan bahawa ada anak kecik begitu memang susah untuk mak-mak nak bergaya, malah perlu banyak bersabar. Apa pun bukan sahaja Gabriel, dengan mak-maknya nampak comel.

 

Emma berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Mereka telah dikurniakan Gabriel pada 08 November 2020. Makin comel dan bijak anak ini, sekali pandang iras sekali dengan Emma.

Apa pun moga dipermudahkan urusan Emma selepas ini. Anak pertama mungkin belum nampak cara mengatasi sebarang kemungkinan dek si kecil. Mana tahu selepas ini dapat cahaya mata seterusnya, dah nampak kaedah jitu untuk menguruskan si comel itu.

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!