“Nak bagi tayang keta lah tu” – Netizen

Kalau harta sudah mampu atau lebih dari mampu bagi menampung perbelanjaan seharian, tidak ada salahnya jika berkeinginan lebih untuk memiliki kereta mewah, beg berjenama dan barang-barang berharga yang lainnya. Tetapi segala perbelanjaan hendaklah diukur pada badan sendiri jika tidak ingin memudaratkan diri dengan hutang-piutang yang mampu membebankan diri sendiri malah keluarga yang lainnya.

Pelakon asal Kelantan Mawar Rashid dan pasangan yang merupakan adik kepada chef selebriti terkenal iaitu Dato’ Fazley Yaakob yang bernama Raf Yaakob ini sangat dikenali di media sosial. Sering mempamerkan kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan yang dibangun oleh kedua pasangan ini, perjalanan mereka sebagai usahawan pastinya bukanlah perkara yang mudah.

Meniti kejayaan bermula dari bawah, Mawar Rashid sering berkongsi rezeki yang dikecapi hingga kini bersama stokis-stokisnya yang lain. Membina jenama sendiri dalam bidang kosmetik dan kecantikan yang bernama Mawarose telah membuahkan hasil pada bulan November tahun lepas. Hasil usaha kerasnya, dia telah berjaya menerima Anugerah Usahawan Muda.

Raf Yaakob pula terkenal sebagai penggemar koleksi kereta mewah sejak dahulu lagi di media sosial. Hasil berkat usaha kedua-dua pasangan ini mereka telah berjaya memiliki sebuah kereta mewah impian ramai iaitu BMW i8 yang merupakan kereta mewah jenama antarabangsa.

Sering berkongsi foto dan video kereta mewahnya itu bersama peminat, ternyata ada yang masih menyalahanggap dan memberikan komen negatif terhadap posting-posting dari pasangan hebat Mawar dan Raf Yaakob ini.

Pasangan ini memang terkenal dengan sikap romantik mereka sejak mula bercinta dahulu sehingga sekarang yang sering membuat kejutan buat pasangan. Video terbaru dari Mawar Rashid mengagumkan suaminya yang masih sering membukakan pintu kereta buatnya itu telah mendapat perhatian ramai.

Walaupun begitu, masih ramai peminat yang terharu dengan video pasangan ini dan kagum dengan cara dan kasih-sayang dari Raf dalam melayani isterinya itu.

Peminat juga tertarik dengan baju yang dipakai oleh Mawar ketika itu  dan rata-rata memberikan pujian dengan dress cantik yang dipakai oleh Mawar.

Memang suka sangat tengok hubungan suami isteri yang penuh kasih sayang ni. Tersenyum-senjum je bila tengok video-video romantik dari Mawar dan Raf Yaakob. Ramai yang mendoakan hubungan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

Tahniah juga diucapkan buat pasangan ini kerana berkat usaha yang mereka lakukan, akhirnya dapat memiliki kereta mewah berjenama. Boleh jadi pembak4r semangat untuk orang-orang di luar sana agar sentiasa berusaha meraih kejayaan ya.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!