“Mungkin pompuan tu jodoh Zizan”- Netizen

Bak kata orang, dalam dunia ni, ada 7 orang muka yang lebih kurang sama macam kita. Ada yang sekali pandang memang sebijik, ada juga yang iras-iras sahaja. Mungkin dari segi bentuk muka, ataupun mana-mana bahagian lain yang membuatkan iainya serupa. Bak kata pepatah “Bagai pelanduk dua serupa”.

Agaknya siapa yang muka seakan kita eh ? Adakah kembar kita seorang artis ? Atau siapa ya? Teringin juga nak kenal dan jumpa mereka yang mukanya seakan-akan kita. Kalau jumpa tu, pasti akan teruja dan gembira.

Begitulah juga dengan apa yang netrizen katakana kepada pelakon tanah air kita, iaitu Zizan Razak. Siapa je tak kenal Zizan, pelakon utama P0lis Evo kot. Bercakap soal kembar Zizan, agaknya korang pernah jumpa tak di sekeliling korang, mereka yang seakan Zizan.

Dahulunya pernah juga viral berkaitan kembar Zizan ni, lebih-lebih lagi, Zizan mempunyai hidung yang sangat mancung. Biasanya hidung macung ni memang Pak Arab lah. Tapi, siapa sangka netizen sudah menjumpai kembar Zizan versi Melayu, malah perempuan pula.

Haa, excited tak bila tahu kembarnya itu perempuan ? Bak kata orang-orang dulu, kalau muka sama ni, jodoh kuat. Netizen juga ada yang turut komen begitu. Adakah itu semua adalah hint bahawa kembar perempuan nya itu adalah jodoh Zizan ?

Pun begitu, Zizan pun masih bujang orangnya. Tapi, kita pun tak pasti juga statusnya sekarang kerana sejak kebelakangan ni, rata-rata rakan artis bercinta secara senyap. Tahu-tahu bakal berkahwin. Apa pun kita doakan yang terbaik untuknya.

Antara komen netizen ialah “Female version of Zizan” , “Zizan dari multiverse lain” “Nampak lebih kurang, jodoh kot” dan sebaginya. Ramai betul yang setuju bahawa gadis itu seumpama Zizan, cantik sangat orang nya, sejuk mata memandang.

Mana tahu Zizan try cari gadis tu, maka berputik lah cinta kelak. Hehe itu gurauan saja. Tak kisah lah sama atau tidak, tapi Zizan pun good looking, gadis tersebut pun cantik sangat. Bak kata netizen, kalau muka gadis tu panjang sikit, haaah terus sebijik.

Justeru, pasti akan masih tertanya-tanya jika ada mereka di luar sana yang mukanya seumpama kita semua kan ? Tak kisah lah seperti siapa pun, yang penting, kita semua mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri.

Sumber : Ig Hiburan.ringkas

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!