“Mummy daddy bawa fatima pg tmpt mula bercinta ke”- Netizen

Setiap kali hujung tahun, ramai di antara kita mengambil tempoh yang lama untuk bercuti di dalam negara mahupun di luar negara. Melancong ke sesuatu tempat sememangnya dapat melepaskan stres kerja dan kita boleh meluangkan masa bersama tersayang. Tidak terkecuali, golongan selebriti pun ramai bercuti bersama suami dan anak-anak mereka termasuklah Fazura serta Fattah Amin.

Meskipun pasangan selebriti ini masing-masingnya sibuk dengan rutin harian mereka, Fazura dan Fattah sempat untuk menghabiskan masa mereka bersama satu-satunya anak kesayangan iaitu Fatimah.

Melihat laman sosial media Fazura, kelihatan beliau bersama fattah dan fatima sedang bercuti di luar negara. Buat pertama kalinya Fatima melancong ke negara German pada usia dua tahun.

Negara German menjadi negara pilihan Fazura dan Fattah untuk membawa Fatima bercuti pada hujung tahun ini.

Jelas keriangan di wajah Fatima ya.. Untungnya si cilik ini dapat bercuti di salah sebuah negara popular. Malah German juga antara negara yang pernah menjadi tempat penggambaran gandingan Fattah dan Fazura menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Memang menggamit memori ni..

Menerusi posting gambar dan video Fatima menerusi laman Instagram Fazura, kelihatan Fatima teruja dengan cuaca sejuk di German dan tidak meragam.

Kata Fazura menerusi kapsyen pada posting berkenaan, pengalaman pertama kali bagi Fatima merasai kesejukan musim salji.

Sementara itu, gelagat Fatima di dalam video berkenaan cukup menghiburkan dan disukai ramai netizen. Comel habis Fatima ni, hehehe…

Video dimuatnaik Fazura telah menerima 72,000 tanda suka dan komen-komen daripada rakan selebriti. Mata mereka lebih tertumpu kepada gelagat Fatima yang cukup menarik perhatian.

Untungnya fatima dapat rasa musim salji, memang syok lah dapat main salji. Selamat bercuti buat Fazura, Fattah dan Fatima comel.

Sumber: Instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!