“Muka Ryzal sangat” – Netizen

Seperti yang ramai jangka, puteri milik pasangan influencer Maryam dan Ryzal memiliki rupa kacukan Korea sama seperti ibunya. Pasangan influencer popular Maryam dan Ryzal menjadi tumpuan sejak video-video mereka dikongsi di laman sosial media. Dan apabila Maryam melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Rina, ramai netizen teruja ingin melihat si kecil itu.

Jika sebelum ini, Ryzal dan Maryam hanya berdua menerusi video mereka. Kini keluarga kecil mereka lengkap bersama cahaya mata kesayangan.

Malah baru-baru ini, Maryam berkongsi video yang jelas menunjukkan wajah anaknya yang sangat comel. Wajah Rina persis ibunya itu sekaligus menarik perhatian ramai.

Baru saja memuatnaik video Maryam bersama anaknya, ia sudah mencecah sehingga hampir 400,000 tontonan. Nampaknya Rina bakal popular lepas ni…

Selain Rina menjadi perhatian netizen, ramai pengikut Maryam dan Ryzal akui muka Rina sama iras dengan bapanya. Namun mata memang sama seperti Maryam, ala-ala korea look gitu hehe..

Dalam pada itu, Instagram milik Rina yang dikendalikan ibu bapanya sudah mempunyai pengikut mencecah 56,000 pengikut.

Netizen lebih mudah untuk melihat perkembangan Rina dari semasa ke semasa. Rina juga sudah punya ramai pengikut setia di laman sosial media.

“Tak sabarnya nak tengok rina ni besar,mesti comel giler”- Netizen

Tak lama lagi mesti lincah Rina sama macam ibu dia, semoga Rina membesar jadi anak yang baik dan solehah ye..

Sumber: Instagram maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!