“Mcm biasa model warga emas berusia 800 tahun yg mengaum” – Netizen

Bila nak masuk ke layar kaca televisyen, mestilah semua orang pun nak kelihatan cantik, kacak dan sempurna. Lebih-lebih lagi apabila terlibat dalam acara siaran langsung, penampilan pastilah menjadi point utama yang harus dititik beratkan. Kerana waktu inilah para artis akan menjadi tumpuan dan tontonan jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan di layar kaca mahupun secara langsung.

Siapa tak kenal lagi dengan selebriti yang sering mendapat tugas sebagai juri hebat ini. Dato Ramli MS memang sudah terkenal dengan sikapnya yang tegas dan lantang ketika memberikan kritikan kepada para peserta. Sehingga ada yang tidak dapat menerima kata-kata pedas yang sering dilontarkan olehnya itu.

Menggalas tugas sebagai juri tetap dalam rancangan realiti Gegar Vaganza dari musim pertama hingga sekarang sentiasa menjadi debaran buat para peserta ketika menantikan kata-kata darinya.

Walau tidak berpelajaran tinggi, berkat usaha keras dan minatnya dalam bidang muzik telah berjaya membawa namanya sehingga kini.

Terkenal sebagai penggubah lagu yang berjaya memenangi beberapa anugerah, di sebalik sikapnya yang teliti dalam bidang muzik ini, ternyata dia juga teliti dengan penampilannya setiap kali bersiaran di layar kaca.

Video terbaru yang dimuatnaik oleh Dato Ramli MS di Instagramnya ini telah menarik perhatian netizen sehingga menuai pujian ramai. Walaupun sudah berusia, masih terlihat kemas dan kacak kata mereka-mereka diluar sana.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila terdapat seorang netizen yang mengatakan Dato Ramli MS terlihat seperi model warga emas yang berusia 800 tahun lamanya.

Tidak berdiam diri, Dato Ramli MS turut memberikan respond terhadap komen tersebut yang berbau sindiran juga lucu.

Tetapi, ramai juga yang memuji gaya penampilan  dan baju yang dikenakan oleh Tokram ini terlihat sangat kemas dan smart pada acara Gegar Vaganza malam semalam.

Malah ada yang mengandaikan bahawa penampilan kacaknya itu adalah arahan dari si isteri iaitu Datin Alyah.

Sempoi je Tokram layan komen dari netizen yang cakap dia warga emas. Setiap minggu memang kacak habis penampilan Tokram dekat Gegar Vaganza. Suka tengok baju-baju Tokram tiap minggu.

Sumber: Instagram Dato Ramli MS

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!