“MasyaAllah kwn baru Bilal ke ni, sama nama mcm ummi dia”- Neelofa

Setiap orang mempunyai impian dalam kehidupan. Buat pemilik nama Nur Nabila Zulyadaini nama beliau kian dikenali ramai kerana bakat solekan yang dimiliki oleh beliau. Ibu kepada 3 orang anak yang mesra di sapa dengan nama Bella itu mula tular berikutan kepetahan beliau berinteraksi dengan para pengikut di laman Fb semasa membuat sesi tutorial solekan.

Sebelum berjaya seperti hari ini anak jati Kedah itu juga sebelum ini pernah melalui episode duka apabila menerima pelbagai kecaman yang mengkritik hasil solekan beliau. Namun beliau bertuah kerana memiliki suami yang tidak jemu mendokong dan memberikan nasihat buat beliau untuk meneruskan minat tersebut.

Wajah Bella yang berketurunan Turki Melayu ini kini kerap menghiasi media sosial yang terinspirasi dengan kejayaan dan sikap tidak puutus asa yang dimilikinya. Menurut Bella minat terhadap bidang solekan muncul setelah melahirkan anak pertamanya.

Beliau kini mempunyai seramai 2.1 Juta pengikut di akaun instagramnya. Beliau yang menyedari namanya semakin di kenali dalam kalangan masyarakat sebelum ini pernah memberikan sedekah sedekah karipap pusing keluaran syarikatnya kepada ibu hamil yang mengidam dan teringin untuk merasa karipap pusing.

Beliau juga yang baru bersalin pada 29 Julai yang lalu memperkenalkan anak bongsunya itu kepada para pengikut Instagram dengan memberi nama anaknya Nur Aisywara Nealofaa.

Bersempena hari ke 10 melahirkan anaknya, beliau berkongsi perkembangan dan wajah terbaru anaknya itu di Instagram buat tatapan para pengikut. Hantaran berkenaan meraih perhatian rakan- rakan artis dan juga netizen.

Malahan Neelofa sendiri meningg4lkan komen di salah satu gambar anak MUA Bellaz itu setelah menyedari nama anak rakannya itu hampir serupa dengan namanya.

Balas Bella pula, beliau sememangnya mengambil inspirasi daripada nama usahawan terkenal itu untuk di berikan buat anaknya.

Menjengah keruangan komen, para peminat dan pengikut beliau memuji wajah bayi Naelofaa yang sangat putih dan gebu.

Netizen juga mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak perempuan MUA Bellaz itu dan mendoakan kesejahteraan beliau dan anak perempuannya itu.  Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Mudah- mudahan Nur Aisywara Nealofaa membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapa beliau. Kulit putih gebu cantik sangat baby seindah namanya juga.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!