“MasyaAllah, cantik sangat dan suara terbaik” – Netizen

Meskipun baru sahaja dua bulan berlangsung perkenalan, namun tidak menghalang penyanyi terkenal Zizi Kirana untuk membuat keputusan bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin. Perkenalan mereka berdua yang bermula di penggambaran program All Together Now Malaysia mulai serius apabila semakin rapat setelah saling bertegur sapa menerusi Instagram sejak Aidiladha yang lalu. Meskipun baru sahaja berkawan secara selama dua bulan, pasangan ini tidak menunggu lama untuk menghalalkan hubungan mereka.

Tanggal 19 September tahun lalu hanya dengan sekali lafaz, Yusuf telahpun sah bergelar suami kepada Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil pada majlis yang berlangsung di Msjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Zizi, Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, perbezaan usia tujuh tahun antara mereka berdua juga tidak pernah menjadi isu.

Mengulas jurang usia antara mereka, Zizi tidak menganggap perkara itu sebagai satu halangan besar. Mereka berdua juga mengikat tali pertunangan secara virtual pada 29 Ogos yang lalu.

Kongsi Zizi lagi, beliau mengakui tertarik dan menyenangi sikap suaminya yang sopan santun dan matang berbanding usia sebenarnya.

Malahan kongsi Zizi lagi beliau menyenangi sikap Yusof yang sudi menerima diri beliau seadanya. Walaupun Yusof lebih muda daripada beliau namun perwatakan Yusuf jauh lebih matang.

Sebelum ini telah tular satu rakaman video siaran langsung di Instagram yang memaparkan Yusuf telah memanggil Zizi dengan panggilan sayang sekali gus menguatkan dakwaan pasangan ini sedang hangat bercinta.

Kongsi pasangan pengantin baru ini lagi, sepanjang dua bulan berkawan, mereka tidak berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon.

Sebelum ini, pasangan ini merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan di Melaka pada Disember depan. Namun begitu, majlis resepsi di Melaka hanya berkesempatan diadakan pada hari ini.

Terkini di perkongsian terbaru instagram Imani imtiyaz, satu rakaman video yang memaparkan Zizi Kirana sedang mengalunkan lagu Qomarun di majlis persandingannya bersama Yusof Bahrin telahpun di muatnaik.

Zizi mengalunkan lagu Qomarun yang berunsurkan selawat itu dengan begitu merdu sekali berduet bersama dengan seorang lagi kenalan mereka di dalam video tersebut.

Majlis yang berkonsepkan Arabic itu menampilkan pasangan pengantin mengenakan busana berwarna kelabu. Zizi dan suaminya Yusof juga kelihatan begitu cantik dan tampan di majlis resepsi mereka itu.

Mengimbau detik perkenalan mereka berdua sebelum ini, Zizi berkata mereka mula bertemu semasa sesi rakaman program All Together Now. Namun tidak pernah berbual panjang. Selesai sesi rakaman, baharulah mereka mula bertegur sapa menerusi media sosial.

Yusof pada mulanya menunjukkan minat namun kerana tidak mengesyaki apa- apa Zizi tidak mengambil serius komen dan sapaan daripada Yusof di media sosial beliau.

Sehinggalah Yusof yang sering kerap kali di lihat cuba mendapatkan perhatian Zizi, baharulah Zizi berkata beliau terdetik untuk membalas sapaan serta komen daripada suaminya itu.

Perkenalan pendek mereka itu akhirnya berakhir di jinjang pelamin apabila Yusof tidak menunggu lama membuat tindakan berani untuk melamar Zizi menjadi isterinya.

Ketika dalam fasa percintaan, pasangan ini juga sering berbalas komen di Instagram masing- masing dengan panggilan manja. Zizi meningg4lkan komen bertulis Habibi bermaksud ‘kesayanganku’ dalam bahasa Arab, selain menulis CHK dipercayai bermaksud ‘cinta hatiku’.

Menerusi ruangan komen, rata- rata netizen memuji suara Zizi Kirana dalam mengalunkan selawat. Amat jarang sekali kita bertemu dengan pengantin perempuan yang mengalunkan selawat di majlis persandingannya sendiri.

Bukan sahaja berbekalkan wajah yang cantik, malahan Zizi juga mempunyai suara yang cukup merdu dalam mengalunkan selawat serta mengaji membuatkan Zizi Kirana menjadi pilihan Yusof Bahrin untuk di jadikan isterinya.

Berikut dikongsikan juga beberapa komen yang di tulis oleh netizen di ruangan komen buat pasangan ini di majlis resepsi perkahwinan mereka hari ini.

Walaupun pada awalnya Zizi sedikit lambat untuk memahami cara Yusof yang cuba memikat beliau, namun benarlah kata orang jika ada jodoh pasti urusan akan di permudahkan.

Ramai peminat yang merestui hubungan pasangan ini yang tidak menunggu lama untuk menghalalkan hubungan percintaan mereka.

Ternyata bercinta selepas berkahwin itu lebih indah. Apa- apa pun tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Selamat pengantin baru Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Sumber : Instagram Imani imtiyaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!