“Mampu hek hp Dato Siti, Aafiyah je boleh”- Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Buat yang tidak tahu, Datuk Khalid atau mesra dengan panggilan Datuk K merupakan seorang usahawan dan pengerusi SimplySiti Sdn Bhd. Beliau juga pengasas kepada Yayasan Nurjiwa.

Perkahwinan Datuk K dan Tokti dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Sebagai rekod, hasil perkahwinan terdahulu Datuk K tidak mempunyai anak perempuan. Semasa berkahwin dengan Tokti, Datuk K mempunyai empat orang anak lelaki. Aafiyah merupakan satu- satunya anak perempuan kepada Datuk K dan Tokti.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda.

Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian terbaru Tokti di instagram, Tokti memuat naik video yang memaparkan anak sulungnya Aafiyah sedang merakam gelagat dirinya melakukan trend media sosial bertemakan lagu Swipe nyanyian penyanyi Alif.

Trend berkenaan menjadi tular apabila beberapa selebriti juga turut merakamkan gelagat diri mereka di media sosial buat tatapan para peminat. Lagu tersebut yang begitu popular dan ‘catchy’ juga senang menjadi ikutan pendengar daripada semua golongan.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram Tokti begitu terhibur dengan gelagat yang di tunjukkan oleh Aafiyah itu.

Rata-rata netizen merasa geram dengan kecomelan kanak- kanak berkenaan yang kini sudah pandai mengikuti trend semasa dan juga gelagat para selebriti yang tular di media sosial.

Netizen juga turut mengusik Aafiyah yang merekodkan video dirinya itu tanpa pengetahuan ibunya menjadi punca sebenar menyebabkan telefon bimbit ibunya itu menjadi ‘hang’ kerana penuh dengan video rakaman gelagat dirinya sendiri. Berikut di kongsikan komen netizen.

Bijak betul Aafiyah ni. Dah faham sangat dengan isu dan trend yang tular di media sosial. Comel betul toleh kiri kanak macam buat iklan syampu.

Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.

Sumber: Ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!