“Mama aku ni lawa sgt, jengg fikir cara nk caras dia”- Netizen

Rozita Che Wan di kenali dalam kalangan para peminat sebagai seorang pelakon dan juga usahawan. Rozita yang lebih mesra di panggil Che Ta kini bukan sahaja masih aktif berlakon, malahan nama beliau sehingga kini sering di sebut- sebut para peminat sebagai seorang pelakon jelita. Ramai wanita yang menjadikan beliau sebagai idola kerana kagum dengan cara beliau mengekalkan kecantikan wajah dan bentuk badan meskipun usianya sudah menjangkau separuh abad.

Che Ta juga semakin ligat dengan pelbagai perniagaan yang di usahakan beliau termasuklah pakaian, tudung, minyak wangi dan yang terkini ialah inai.

Meskipun produk Inai yang di keluarkan oleh Che Ta sebelum ini pernah berdepan dengan kontr0versi susulan produk inai Che Ta di lancarkan hampir serentak dengan seorang rakan artis namun, Che Ta menepis dakwaan untuk bersaing dan menegaskan produk masing- masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Che Ta juga melakukan promosi secara besar besaran baru- baru ini untuk mempromosikan produk inai berkenaan serentak dengan sambutan hari ulang tahun perkahwinan beliau dan suami.

Aisyah Dhia Rana yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Che Ta dan Zain Saidin turut sama terlibat dalam mempromosikan inai Che Ta.

Berkongsi satu video terbaru di Instagram, gelagat Che Ta dan Aaisyah sewaktu merakamkan penggambaran iklan bagi produk inai Che Ta telah menarik perhatian.

Che Ta yang masih menyarung busana lengkap bagi mempromosikan produk inai itu di lihat sedang menggoyangkan bahu mengikuti muzik latar dan bergurau senda bersama anaknya Aisyah.

Aisyah yang ketika itu sudah menukar baju dan bersiap untuk pulang pula hanya mampu tertawa kecil apabila memandang gelagat ibunya itu.

Netizen tidak puutus memuji wajah cantik Che Ta dan tidak puas menonton video berkenaan. Apatah lagi apabila melihat reaksi wajah Aisyah yang juga sangat menghiburkan kerana seolah tidak tahan dengan gelagat ibunya itu sendiri.

Baru berusia 8 tahun namun Aaisyah juga dilihat mengikuti jejak langkah ibunya Rozita Che Wan yang gemar bergaya. Menjengah keruangan komen, gelagat kedua beranak berkenaan cukup mencuit hati netizen.

Rata- rata netizen juga terhibur dengan gelagat Che Ta dan Aaisyah itu. Berikut pula di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian video Che Ta berkenaan.

Keletah Rozita Che Wan dan Aaisyah Dhia Rana ini sering menjadi tumpuan ramai peminat lebih-lebih lagi apabila si kecil itu sudah mula bergaya melebihi ibunya sendiri.

Kini Aaisyah sudah memasuki usia lapan tahun, tidak lama lagi pasti kejelitaan Aisyah akan mampu menandingi ibunya pula.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!