“Macam Sudin kan, tapi suara mcm P Ramlee” – Netizen

Siapa yang tak tahu dengan lagu-lagu karya Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee yang boleh dikatakan kesemuanya berkualiti terutama nyanyiannya dan isteri, Puan Sri Saloma yang amat merdu dan sedap didengar. Betapa keramat karyanya itu hinggakan sampai ke hari ini ia tak jemu diperdengarkan. Muncul pula penyanyi seperti P Radhi ini…

Sekurang-kurangnya kehadirannya pada persada seni tanah air hari ini yang mana pandai membuat aksi dan meniru sebijik gaya P Ramlee ini sedikit sebanyak mengubat kerinduan pada Tan Sri.

Lihat saj4lah telatah, gaya dan suaranya ketika menyanyikan lagu Malam Bulan Dipagar Bintang’ ini. Mirip gaya P Ramlee. Selebriti, Bella Astillah yang berduet bersama Radhi juga tak kurang bestnya…

Ramai memberikan respons di ruangan komen yang sukakan gandingan mereka berdua ini. Ya lah… tampak serasi bersama apabila Bella menyanyi lagu itu yang asalnya dinyanyikan oleh Saloma.

“Suara merdunya..Bella”, “Best kedua2 nya”, “tinggal akak bella pakai kebaye je kekkekeke”, “Power lah Bella the best both of you”, “Sedap didengar bah sis..ngam² semuanya”, “Best dgr…mcm nak tido…”.

Itu antara komen netizen. Tak sangka pula isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ini sedap menyanyi lagu dolu-dolu ya. Netizen pun terkedu dibuat Bella. ‘Masuk’ betul suara dengan Radhi tu.

Mana tau boleh buat album gandingan bersama lagu-lagu P Ramlee pula nanti. Yang pasti, mesti ada yang akan suka. Sekarang pun ramai yang str3s, mesti nak dengar lagu dulu-dulu yang relax dan tenang je…

Terdahulu Bella yang sejenis berlemah lembut berdialog dengan Radhi dalam video hantarannya ini pun memang in character betul. Lembut dan tenang je mendengarnya. Ramai netizen yang akui suka.

Haruslah karakternya sebijik P Ramlee… Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Abd Rahman, 30, merupakan bekas peserta program nyanyian Bintang P. Ramlee RTM tahun 2016.

Padanlah jua suara Bella juga sedap, kerjaya seninya bermula semasa kecil apabila dia bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak.

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!