“Macam buat d0sa besar padahal maka coklat je”- Netizen

Ragam anak-anak kecil ni memang banyak sangat. Belum lagi bila kita ada anak banyak anak-anak yang masih kecil. Memang puas lah nak layankan saja perangai mereka semua ni, tak menang tangan dibuatnya, nak kena jaga hal itu, nak kena jaga hal ini dan sebagainya. Betul tak ?

Kali ini, kita semua tengok gelagat anak beranak Adira yang membuat parodi situasi yang sangat melucukan. Satu family Adira ni semuanya jenis masuk air belaka. Dari Adira sampai lah ke anak bonus nya, sama sahaja.

Gelagat di mana Adira sebagai seorang ibu yang ingin makan coklat, tapi dek kerana ada anak kecil, dan coklat tersebut ada satu sahaj, tidak boleh dikongsi. Terus dia cepat-cepat cari port untuk makan secara sembunyi.

Tak lama kemudian, datang Anggrek anak perempuan kesayangan nya di belakang mencuit nya, dan terus mengambil coklat tersebut. Terkejut Adira bila tahu Anggrek ambik coklat nya itu, melepas mak nak makan.

Bukan saja itu, tak lama kemudian, datang pula anak perempuan nya yang lagi seorang nampak si kakak ambil coklat dari mama. Kantoi, cuak muka Adira, coklat dahla ada satu saja, si kakak dah ambil, ni nak juga taka da stok.

Pun begitu, dalam dunia realiti kadang-kadang ibu bapa seringkali makan manisan di belakang anak-anak mereka, supaya tidak membiasakan mereka makan makanan yang manis, nanti r0sak gigi bak kata orang-orang dulu.

Sebabtulah bak kata netizen, nak makan coklat je pun, tapi macam buat d0sa besar sangat. Ngekek baca komen dari para netizen sekalian, macam-macam ragam anak-beranak ni, memang mencuit hati semua netizen.

Seronok mempunyai ahli keluarga yang jenis sporting dan lucu macam ni, sudah tentu hari-hari kita akan terhibur dan tak pernah bosan,Β  ada saja idea lucu yang pasti membuatkan kita semua gelak terbahak-bahak.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang, kita sering saja menyorok untuk makan makanan yang manis atau tidak elok di depan anak-anak kita. Supaya boleh ajar mereka makan makanan yang sihat sejak kecil lagi.

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!