“Lawanyaa laa klu aku 8 bulan dah mcm antu kak limah” – Netizen

Lain orang lain pembawakannya ketika berbadan dua. Ada wanita yang semasa hamil badan bagai dipam-pam, rupa dan penampilan sendiripun tak mampu diurus. Ada pula yang maintain helok bahkan bertabah lagi serinya. Begitu jua dengan aktres, Anzalna Nasir ini. Ramai kagum dengan ketrampilannya yang anggun bergaya walaupun usia kandungan dikatakan telah masuk trimester ketiga. Hamil lapan bulan bukan penghalang buat pelakon dilahirkan pada 9 Januari 1988 ini untuk tampil memukau. Lihat saj4lah hantaran yang memperlihatkan dirinya ini, ramai yang memuji, pasti tak kurang juga yang cemburu bukan?

Sebagaimana orangnya, begitu juga dengan perutnya yang tampak comel sahaja. Ada jua ibu-ibu yang jujur mengakui kebanyakan mereka ketika usia kandungan sama berpenampilan sebaliknya sehingga ada menyamakan diri sama macam dengan Hantu Kak Limah…

Apa tidaknya, kebanyakan ibu-ibu lazimnya tidak akan larat menguruskan rumah tangga hatta diri sendiri hingga penampilan disamakan dengan tajuk dan watak sebuah filem seram komedi itu, yang mana keadaannya kusut masai dan kelihatan berserabut.

Jadi wajarlah kaum wanita dan netizen di luar sana kagum dengan penampilan anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim ini. Sudah pastilah penampilannya itu juga bagi memenuhi tuntutan kerja.

“Preggy pun still cantik”, “Tak pernah tak cantik, senyap2 je dah lapan bulan”, “Apa ke comey 8mnth”, “Suka la tgk”, Comel ya baby bump”, “MasyaAllah cantik sungguh”, “Akak Anzalna cantik luar dan dalam”, “Dia punya preggy 8 bulan mcm aku preggy 5 bln sehh. Comel je perut, badan pun tak naik. I is jeles”. Itu antara komen netizen.

https://www.instagram.com/p/Cb9owFaDSfU/

Rupanya ramai juga tak tahu Anzalna hamil, tahu-tahu kandungan nya rupanya sudah mencecah usia lapan bulan ya, baharulah dia memberitahu secara tak langsung. Itulah namanya diam-diam ubi berisi. Menjengah medsosnya pun sebelum ini, jarang sekali dia berkongsi perihal itu, kecuali akhir-akhir ini.

Ibu kepada seorang cahaya mata, Eidrees ini dalam pada itu berkongsi, dia bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata kemungkinan pada hari raya ini. Jika anaknya sebelum ini dilahirkan pada musim raya, kemungkinan yang bakal menjengah dunia ini pun akan berdepan situasi sama.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir ialah seorang model dan pelakon. Dia merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Syatilla Melvin.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016. Selepas tiga tahun berkahwin, pada 31 Mei 2019, Anzalna dan suami, dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Mohamad Eidress.

Apa pun yang penting dimudahkan urusan untuk melahirkan nanti, manakala baby dan mommy sihat sahaja. Sambut raya istimewa dengan baby baru nanti nampaknya ya…

Sumber: IG Anzalna Nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!