“Lama tak ambil gmbr berdua mcm ni, rasa malu2 la pulak”- Fazura

Nama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura tidak usah lagi perlu diperkenalkan. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah sebanyak 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka.

Selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini. Memiliki suami penyayang dan mempunyai kerjaya seni yang cukup berjaya dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu sempurna.

Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika itu sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan. Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Sejak bulan Ramadhan tahun lalu, beliau di lihat sering mengenakan tudung malahan meminta para peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Walaupun tidak pernah membuat pengumuman mengenai penghijrahan beliau namun ketika perayaan Aidiladha yang lalu suaminya Fattah telah mengesahkan bahawa isterinya itu telahpun berhijab secara kekal.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura. Sambutan yang diterima daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut sering terjual kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Fazura, beliau memuatnaik beberapa gambar beliau bersama suaminya Fattah. Kongsi Fazura lagi, beliau sudah lama tidak bergambar berdua bersama suaminya itu. Perasaan dapat bergambar berdua bersama suami membuatkan dirinya merasa malu- malu.

Sudah menjadi lumrah buat seorang ibu, sibuk menguruskan rumahtangga dan anak- anak sehingga sukar meluangkan masa bersama pasangan. Apatah lagi buat selebriti seperti Fazura yang kini semakin sibuk menguruskan perniagaan beliau yang kian berkembang.

Sehingga kini perkongsian di Instagram Fazura itu telah mendapat sebanyak 72909 tanda suka dan menerima 343 komen daripada para peminat.

Walaubagaimanapun rata- rata peminat menngglkan komen di gambar Fazura bersama Fattah itu yang berkata mereka dapat melihat “baby bump” dan merasakan bahawa Fatima bakal mendapat adik tidak lama lagi.  Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Sumber: ig missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0py P4ste tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!