“Knp Aniq buat muka camtu” – Netizen

Pasangan ideal yang merupakan para pelakon baru untuk pelakon utama di TV3 ini telah menjayakan watak dan berjaya menambat hati penonton dengan drama mereka Sekali Lagi Cinta Kembali, mereka telah berjaya membuatkan penonton percaya bahawa bakat pelakon baru harus diberikan peluang untuk mereka menonjolkan bakat-bakat mereka yang ada patut diketengahkan.

Perkongsian Siti Khadijah membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah mereka benar-benar bercinta di dunia realiti namun ia masih belum terjawab tetapi melihat keakraban mereka seperti pinang dibelah belah, kata netizen. Seperti pinang dibelah dua, mereka kelihatan serasi dan sangat sepadan malah nampak keselesaan mereka apabila bersama.

Berterima kasih kepada A.Aida, seorang produser dan pengarah yang telah menaikkan nama mereka berdua, Siti Khatijah dan Aniq Suhair, juga pasangan sangat serasi dan juga lakonan mereka pun mantap sekali.

Apabila bergabung mereka seolah-olah telah menjiwai watak dengan baik. Siti Khadijah sebelum ini pernah berlakon di dalam beberapa drama sebelum ini jadi kepercayaan kepada lakonannya amatlah tinggi.

Berbanding watak hero yang dilakonkan oleh Aniq Suhair, memang tidak pernah dicurigai lagi setelah melihat lakonannya di TV3.

Kejayaan mereka menjayakan watak dan memberi kepercayaan kepada penonton semua membuatkan penonton dan netizen mengatakan bahawa mereka memang boleh berlakon dan sepatutnya para produser memberikan peluang kepada pelakon-pelakon baru seperti ini.

Melihat perkongsian Siti Khadijah, terlihatlah moment-moment yang terindah ketika bergambar untuk drama tersebut.

Semuanya yang indah-indah dan ada juga yang membuat mimik muka namun itu menampakkan keakraban mereka bekerjasama.

Pelbagai komen-komen yang diberikan mengatakan mereka ada jodoh malah ada yang kata bagai pinang yang terbelah belah dan banyak lagilah namun semuanya adalah mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Jika ada jodoh tidak kemana, itulah yang boleh dikatakan. Lihatlah komen-komen netizen, semua antaranya adalah peminat Siti Khatijah dan Aniq sendiri, rata-rata memberikan komen yang baik-baik. Inilah antara komen-komen mereka.

Jika diberi peluang mereka bergandingan sekali lagi itu adalah perkara yang baik dan semestinya jalan penceritaannya pun sedikit berbeza bagi menjauhkan watak yang lama agar tidak sama tapi mereka memang sepadan sekali.

Sumber: ig sitikhadijahhalim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!