“Klu masuk stadium kat Malaysia, xde pun tunjuk video” – Netizen

Aeril Zafrel merupakan seorang pelakon dan usahawan terkenal. Beliau mula dikenali menerusi watak Andi dalam siri TV Kisah Kaisara musim pertama bergandingan bersama pelakon Sariyanti ketika itu. Nama beliau agak tenggelam selepas mendirikan rumahtangga bersama pelakon Wawa Zainal pada tahun 2013. Namun beliau kemudiannya menyerlah sebagai usahawan produk Wawa Cosmetic.

Menjadi kan platform media social sebagai medium berinteraksi bersama peminat, apa sahaja yang dilakukan pelakon Aeril Zafrel dalam TikTok sering menjadi perhatian kerana dia kerap mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam platform berkenaan sehingga diberi jolokan ‘CEO TikTok’ oleh netizen.

Aeril dan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan sehingga kini di kurniakan 4 orang cahaya mata.

Sudah lumrah menjadi artis dan selebriti, tidak semua yang di lakukan di senangi oleh netizen. Meskipun hanya mahu menghiburkan diri sendiri namun apa jua perkongsian golongan selebriti di media sosial pasti tidak akan terlepas daripada bualan netizen.

Menerusi Instagram, Aeril memuatnaik satu hantaran berupa komen yang di terima beliau apabila di hantaran sebelum ini beliau berkongsi video memaparkan keterujaan beliau untuk menonton perlawanan bola sepak di antara kelab antarabangsa di negara tersebut.

Aeril berkata beliau baru pertama kali dapat merasai pengalaman menonton perlawanan bola sepak di stadium seumur hidupnya, apatah lagi pula menonton perlawanan kelab kegemaran beliau di stadium di luar negara.

Sudah pasti perasaan terujanya tidak dapat di bendung dan hanya mahu berkongsi rasa gembira bersama para peminat di media social.

Namun begitu niatnya itu di salah erti dan menerima komen yang agak negative dengan seorang individu yang menganggap pelakon berbakat besar itu sengaja menunjuk apabila berpeluang menonton perlawanan bola sepak di stadium luar negara berbanding menonton perlawanan bola di stadium di tanah air sendiri.

Jelas Aeril, beliau baru pertama kali merasai pengalaman menonton perlawanan bola sepak di stadium, jadi bagaimana pula beliau boleh merakamkan video menonton bola di stadium dalam negara.

Menjengah keruangan komen pula, hantaran yang di kongsikan Aeril itu mendapat perhatian daripada rakan- rakan artis dan juga para pengikut akaun Instagram beliau sehingga menerima hampir 1308 komen dan 35,413 tanda suka daripada wargamaya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Rata- rata rakan artis dan juga peminat tidak bersetuju dengan pandangan individu tersebut dan menepis dakwaan netizen berkenaan yang mengatakan bahawa Aeril gemar menunjuk kemewahan apabila memaparkan video beliau berkunjung ke stadium luar negara demi menyaksikan perlawanan bola sepak.

Jelas Aeril lagi, tidak adil sekiranya apa sahaja yang di kongsikan oleh beliau di anggap menunjuk oleh netizen. Adakalanya perkongsian di media social untuk tatapan kemudian hari sebagai kenangan kehidupan. Susah juga jadi artis ni, ada sahaja yang tak kena apabila di kongsikan oleh mereka. Bertabahlah Aeril ya.

Sumber : ig aeril zafrel

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!