“Kite terikot kecik mata, terpaling puasa ni”- Netizen

Kebanyakan kanak-kanak suka makan dan ingin mencuba segala makanan yang mereka nampak kita semua makan. Tak kisahlah makanan tersebut pedas ataupun rasa nya tidak enak, kalau mereka nampak kita makan, sudah tentu kita semua juga ingin try makan makanan tersebut. Anak korang perangai mcm tu juga ke ?

Si anak kecil Rina seringkali menjadi kesukaan ramai setelah ramai yang sangat teruja melihat kecomelan si anak kecil ini. Siapa je tak kenal Rina, sudah tentu ramai yang cukup kenal Rina, dahla comel, pandai pula tu, siapa je tak gerram.

Menjelang bulan puasa ni, kita semua diwajibkan berpuasa, tapi untuk si kecil Rina, tidak diwajibkan lagi. Yelah, mereka kan masih lagi budak-budak kecil dan tidak diwajibkan berpuasa. Tapi, kena ajar mereka sejak di usia yang masih kecil.

Ada dimuat naik video Rina yang sedang makan buah oren. Bukan main terkenyit-kenyit lagi matanya sebab buah tersebut masam. Kita yang tengok pun jadi kecur air liur sebab masam. Pandai Rina makan buah oren.

Rina ni seorang yang pandai makan dan mencuba segala jenis makanan. Tengok saja di instagram nya, banyak video dia sedang makan makanan khususnya buah-buahan. Not picker eater. Ibu bapa mana je tak happy kalau anak diorang jenis yang tak memilih tiap kali makan kan ?

Seronok sangat tengok telatah Rina yang makan pelbagai jenis makanan dengan seleranya. Pandai betul si budak kecik ni makan, jenis tak memilih. Ada sesetengah orang, yang agak picker kalau nak makan, tapi itu semua pilihan masing-masing.

Tapi, Rina yang tak puasa pun, makan macam orang berpuasa. Lapar sangat gaya si budak kecil tu makan buah oren. Padahal, sesetengah budak tak suka makan buah-buahan, tapi Rina sangat suka makan buah-buahan.

Anak korang suka makan buah-buahan tak ? Ada sesetengah ibu bapa yang menggantikan pengambila buah-buahan dengan memberikan anak-anak mereka makan supplement tambahan untuk menggantikan zat buah-buahan itu.

Cuba korang kongsikan apakah cara yang paling efektif utk buat anak-anak korang suka makan buah-buahan ? Nanti takda lah susah untuk kita para ibu bapa nak biasakan anak-anak supaya suruh mereka makan buah-buahan, betul tak ?

Sumber: Ig Duriankimchijunior

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!