“Kami tgu awk balik ya, doakan sy dan Urwa disini ya sayang” – Nadzmi Adhwa

Hidup berpasangan ini sememangnya perlu memahami bersama. Suami perlu fahami kehendak isteri dan isteri juga perlu fahami hati suami. Selain itu, suami isteri perlu mempunyai sikap toleransi dan berterus terang antara satu sama lain supaya hubungan berpasangan itu sentiasa rasa harmoni. Sikap-sikap inilah yang penting untuk diterapkan dalam sesebuah keluarga supaya kekal bahagia.

Seperti kita kenali pasangan selebriti muda iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, mereka sering dilihat sebagai pasangan yang comel dan serasi.

Nadzmi dan isterinya telah berkahwin pada tahun 2019 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan pada berikutnya.

Seperti kita tahu dari perkembangan Ardell, beliau telah lama berkhidmat secara sukarela dalam aktivit-aktiviti kemanusiaan. Dan sentiasa kita melihat suaminya Nadzmi selalu menyokong minat Ardell.

Sebagai seorang suami, Nadzmi merasakan tidak salah jika seorang suami menyokong minat isteri dan membenarkan mereka melakukan apa yang paling mereka suka.

Baru-baru ini, Nadzmi berkongsi lagi bahawa beliau akan berpisah sementara dengan isteri kerana isterinya mahu menjadi sukarelawan melakukan kerja amal dan memberi bantuan pada yang memerluukan.

Dilihat di dalam video yang dikongsikan Nadzmi itu, Nadzmi menemani isterinya di lapangan terbang untuk isterinya berangkat pergi ke Syr1a dan Lbnan.

Di dalam video tersebut, terlihat juga pasangan itu dan anak mereka berpluukan sambil menangis membuatkan netizen terasa sebak melihat perpisahan sementara mereka ini.

Netizen ramai bukan sahaja sebak tetapi turut memuji Ardell yang walaupun berbadan kecil tetapi punyai jiwa yang besar. Selain itu, ada juga memuji Nadzmi seorang suami yang sangat ‘supportive’ menyokong segala minat isterinya.

Seorang suami sepatutnya menjadi seorang ‘supporter’ yang terbaik buat isteri kerana semangat dan doa yang diberikan oleh suami kepada isteri sebenarnya sungguh istimewa.

Selagi minat isteri itu adalah minat yang baik dan tidak melnggar syariah Islam, suami sebaiknya menyokong minat isteri mereka kerana itulah maknanya suami menerima isteri seadanya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!