“Kalau Tokti yang nyanyi dia dah mcm jadi lagu Tokti” – Netizen

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon legenda Malaysia, Dato Awie yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia. Suara rock beliau daripada zaman mudanya hinggalah sekarang tetap menjadi pujaan hati ramai peminat. Malah lakonannya juga disukai ramai apabila beliau juga cukup berbakat dalam bidang lakonan. Kalau mengimbau kenangan lama, pasti anda akan teringat lakonan Awie dalam drama popular Maria Mariana.

Siapa sangka, buat julung kalinya Awie telah berganding dengan Dato Siti Nurhaliza di sebuah konsert Music Of The Soul baru-baru ini.

Impian Siti Nurhaliza atau popular dengan gelaran Tokti ini telah menjadi kenyataan apabila beliau sendiri dapat menyanyi satu pentas dengan penyanyi rock Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, dua penyanyi ini sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Awie antara penyanyi rock yang otai selain Amy Search serta lain lain lagi.

Tokti menerusi posting video yang dimuatnaik di Instagram menunjukkan beliau menyanyi sepentas bersama Awie dan cukup hebat apabila melihat gandingan dua penyanyi ini.

Persembahan Tokti dan Awie juga cukup bertenaga walaupun kita sendiri mengetahui Awie sudah mencapai 53 tahun. Aura rock tetap masih ada ye, terbaik Awie.

Sementara itu, posting video nyanyian Tokti bersama Awie telah menerima respon positif daripada netizen. Rata-ratanya cukup teruja dan sangat suka melihat persembahan daripada mereka.

Tokti dan Awie berganding dengan menyanyikan lagu popular Baldu Biru. Mereka juga sempat menyanyikan lagu tradisional atas permintaan tokti sendiri.

Video tokti telah menerima 700,000 tontonan selepas dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Seronok betul Tokti bila dapat satu pentas dengan Dato Awie, penyanyi rock kesayangan ramai ini. Awie pun nampak bersemangat dan bertenaga bila buat persembahan.

Sumber: Instagram ctdk

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!