“Kalau org blh nyanyi dri per0t, you blh naangis dari per0t apeee” – Yasmin Hani

Bergelar pelakon bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menghayati sesebuah watak, pelakon itu sendiri patut menjiwai watak yang diberi lebih-lebih lagi apabila melibatkan babak menyedihkan. Jika seseorang pelakon itu berjaya mempengaruuhi penonton, ternyata mereka memang pelakon hebat. Bukan senang sebenarnya nak bawa sesuatu watak yang diberi terutamanya buat pelakon baru.

Melihat pelakon-pelakon senior tempatan yang terkemuka di Malaysia, pelakon Dynas Mokhtar antara barisan pelakon senior yang sentiasa membintangi banyak drama televisyen.

Bukan sekadar rupa sahaja yang cantik malah beliau cukup berbakat dengan lakonannya. Pelakon tinggi lampai ini sehingga kini masih berlakon meskipun sudah berusia 40 tahun.

Maintain awet muda dan berseri melihat Dynas Mokhtar ini.. Beliau juga sebelum ini pernah memenangi anugerah pelakon TV wanita paling popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Baru-baru ini, Dynas memuatnaik sebuah video di sebalik tabir penggambaran drama terbaru lakonannya.

Siapa sangka, Dynas yang serba cantik ini ternyata berani berkongsi video yang menunjukkan pengalaman realiti dilalui olehnya apabila perutnya sering bergoyang ketika beliau melakonkan babak sedang menangis.

Buat pertama kalinya, netizen dapat melihat situasi sebenar dilalui Dynas ketika berlakon. Jarang sekali kita lihat pada pelakon-pelakon senior lain.

Video dikongsi Dynas juga membuatkan ramai netizen terhibur dan rakan artis yang lain pun sempat meninggaalkan komen yang menunjukkan reaksi mereka terhibur selepas melihat video Dynas.

Video Dynas menerima 179,000 tontonan dan rata-rata netizen meluahkan perasaan terhibur melihat pelakon kesayangan mereka itu.

Alahai ada juga ye yang macam tu? Baru tahu situasi sebenar Dynas bila tengah feeling berlakon part nak menaangis itu..

Sumber: Instagram Dynasmokhtar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!