“Kalau dapat mak mentua macam ni kan best”-Netizen

Didi Alias atau lebih selesa beliau membahasakan penganti diri sebagai mami. Kerap kali muncul dengan bertiktok dengan ramai artis terdekat, namun belum berpeluang ingin bersama Syafie Naswip dan Reen Rahim. Terkini baru sahaja berkongsi video mereka telah dapat bersama menari di aplikasi tiktok dan telah berkongsi di laman ig beliau.

Sebelum ini Reen bersama Syafie kerap membuat video menari ala bollywood bersama dan mami amat menyukai. Dan kini dapat bersama mereka.

Sporting betul mami melayan kerenah anak-anaknya menari bollywood bersama. Eh sebenarnya siapa melayan siapa. Sehinggakan ada yang menyuarakan seronok jika dapat mami sebagai mak mentua.

Alahai, mami ada ke lagi anak bujang. Mereka membuat video terlalu pendek yang dikongsikan di laman ig. Ramai tidak pu4s melihat.

Lihat sahaja lah gerak geri mami, tenaganya melebihi dari yang muda. Malah seronok benar beliau, dapat menari bersama. Untungnya siapa jadi menantu mami.

Ini antara yang dihajati oleh mami, bertemu geng yang sporting. Kebetulan ada drama yang sama dan masing-masing ada di set penggambaran. Inilah peluang.

Semua yang menonton terhibur malah rasa tidak cukup dengan video yang dikongsikan di laman ig milik mami Didi Alias.

Antara komen-komen netizen dan rakan artis mami sendiri, menyukai dan menginginkan sambungan video tarian mereka. Ini antara komen mereka.

Mami baru sahaja menimang cucu beliau, pada tarikh 22.02.2022, tahniah mami.

Sumber: ig ladydidimsia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!