“Kak Lofa dah habis pantang ke”- Netizen

Selebriti Neelofa antara salah seorang usahawan yang berjaya dan sentiasa menitik berat tentang kerjanya. Ketika beliau sarat mengandung sebelum ini, Neelofa aktif ke sana ke sini untuk menguruskan hal kerja. Semangat yang bagus oleh Neelofa. Dan kini, Neelofa sedang dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya Muhammad Bilal.

Seperti yang ramai ketahui, wajah anak sulung Neelofa masih belum didedahkan secara umum dan ramai netizen masih ternanti-nanti foto pertama Muhammad Bilal.

Namun Neelofa dah suaminya, PU Riz masih belum bersedia menunjuk wajah Bilal sepenuhnya dan meminta netizen supaya mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Di kala Neelofa sibuk berpantang, salah satu foto Neelofa dikongsi Instagram Hlive baru-baru ini yg menunjukkan Neelofa sedang ditemuramah menerusi salah satu program televisyen.

Dan foto tersebut menjadi tanda tanya netizen kerana Neelofa sedang dalam proses berpantang ketika ini. Berkemungkinan juga foto yang dikongsi Neelofa dan dimuatnaik semula oleh instagram Hlive itu hanyalah foto lama Neelofa.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ramai memuji kecantikan Neelofa meskipun sudah berpurdah. Rata-rata teruja melihat Neelofa yang masih maintain cantik walaupun sudah menutup aurat sepenuhnya.

Tidak dinafikan, penghijrahan Neelofa sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada kita semua termasuklah juga rakan rakan artis dan netizen.

Sementara itu, foto Neelofa yang dikongsi semula oleh instagrm Hlive telah menerima 18,000 tanda suka dan komen-komen positif daripada netizen.

“Giler cantik makeup kat mata dia, semoga terus baik dalam lindungan Allah dan dipelihara imannya, tak sabar nak tengok bilal”- Netizen

Selamat berpantang Lofa. Semoga dipermudahkan proses berpantang Lofa, ramai nampaknya tak sabar nak tengok Bilal. Harap bersabar ya semua. Umi dan Abah Bilal kata kena tunggu Bilal besar sikit baru boleh tunjuk hehe..

Sumber: Instagram Hlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!