“Kaalah Dato Seri Vida” – Netizen

Wanita dan perhiasan diri barang kemas memang amat sinonim. Amat jarang orang perempuan yang tidak menyukainya. Kita yang melihat nya pun boleh teruja tambahan pula jika perhiasan yang dipakai amat cantik dan di luar daripada kelaziman yang diperagakan oleh orang biasa-biasa. Itu barangkali yang dirasakan netizen apabila melihat apa yang disarung selebriti, pengacara, penyanyi dan pelakon sensasi, Ifa Raziah ini.

Bahkan rakan artis beliau Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera Ijoi ini pun teruja dibuatnya hingga berkongsikan penampilan Ifa ini di media sosial nya ketika bertemu Ifa di majlis perkahwinan penyanyi, Syura semalam. Ya lah dengan rantai emas panjang dan lebar sebesar rantai basikal, buah rantai sebesar tapak tangan…

Itu belum lagi melihat gelang Ifa di tangan kiri dan kanan yang lebih lebar daripada saiz pergelangannya sendiri, manakala cincin-cincin di jarinya yang besau-besau tuuu. Huhhh Memang boleh terbeliak mata netizen dibuatnya.

Mahu tidak… siapa je berani pakai macam tu dalam keadaan sekeliling kita ni yang belum tentu selamat. Ramai je mata-mata jhat yang memandang dan paling dikhuatiri per0mpaak atau per4g0t yang boleh saja muncul pada bila-bila masa. Nauzubillah..

Ishhh memang minta dijauhkanlah. Gamaknya itu juga yang dikhuatiri Shiera sehingga bertanyakan kepada Ifa sama ada beliau mempunyai bodyguard (pengawal peribadi) atau tidak. Begitupun, dalam nada berseloroh katanya Lan (Lan Solo) ada.

Apa pun memang gamat jadinya bila ‘kengkawan masuk air’ ini berjumpa. Daripada perkongsian Sheira memang tak kering gusi kita jadinya bila beliau dan Ifa berceloteh tentang barang kemas yang dipakainya.

Lucu pula bila Shiera bertanyakan sama ada barang kemas disarung oleh Ifa itu dibeli di Sentul. Apa pun Ifa tenang dalam nada gurauan menjawab nya dengan mengatakan beliau baru saja memenangi pingat emas larian di Jepun sambil menunjukkan buah rantai dipakainya itu.

“Menang lari ke belakang jatvh terbalik tergolek” antara kata Ifa yang sebelum nya menjawab pertanyaan Shiera dalam bersahaja bahawa perhiasan itu dari Chow Kit. Entah ya ke tidak Ifa ni.

Apa pun ada netizen membandingkan emas beliau dengan usahawan sensasi Dato’ Seri Vida yang juga dikenali dek gemar memakai perhiasan seumpamanya.

‘Kalah DSV’, antara komen netizen. Minat Ifa terhadap pemakaian barang kemas turut mengundang cakap-cakap netizen sebelumnya apabila dicop memakainya secara berlebihan lebih-lebih ketika menunaikan ibadah di hadapan Kaabah baru-baru ini. Ramai yang mempertikaikan nya.

Apa pun Ifa mempunyai jawapannya yang tersendiri apabila mengatakan beliau telah merujuk kepada pakar agama sebelum itu. Katanya perhiasan itu juga bagi menunjukkan itulah anugerah daripada Yang Esa kepadanya.

Sumber : Ig Sharifah Shahirah & Ifa Raziah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!