“Jujurnya saya peminat Fazura juga dulu”- Fattah Amin

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yang di bawanya di dalam filem Mat Kilau menyerlahkan lagi bakat lakonan pelakon lelaki berkenaan. Apatah lagi apabila ramai penonton yang memuji lakonan dan aksi silat yang di tonjolkan beliau di dalam filem berkenaan. Namanya yang kini menjadi sebutan membuatkan orang ramai mula memberikan perhatian terhadap kerjaya dan kehidupan peribadi beliau.

Fattah Amin mendirikan rumahtangga bersama pelakon wanita hebat dan jelita iaitu Nur Fazura pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.

Kerjaya lakonan Fattah yang semakin memuncak manakala isterinya iaitu Nur Fazura pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-27 sebelum ini membuatkan pasangan suami isteri berkenaan selayaknya bagai pinang di belah dua.

Malahan mereka berdua bertemu jodoh setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura.

Pasangan FattZura juga mempunyai para peminat dan pengikut mereka yang tersendiri. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram stokis tudung Fazura, peminat tersebut berkongsi satu video yang memaparkan Fattah Amin sedang menjawab soalan ketika sesi temubual.

Menerusi temubual berkenaan Fattah mendedahkan bahawa beliau sebelum ini merupakan seorang peminat Fazura.

Mereka berdua juga sebenarnya bertemu buat kali pertama di sebuah penggambaran filem di mana Fazura menjadi her00in manakala Fattah pula hanya la watak sampingan di drama filem tersebut.

Namun takdir Alllah telah menentukan bahawa Fazura adalah jodoh yang telah di tetapkan buat beliau dan Fattah berkata beliau cukup gembira dengan kehidupan beliau bersama isterinya itu apatah lagi di kurniakan anak mereka Nur Fatima Aisyah yang kini berusia hampir 2 tahun

Menjengah keruangan komen, rata-rata Netizen berkata filem yang dilakonkan oleh Fazura itu adalah filem Manisnya Cinta di Cappadocia di mana menampilkan Fazura dan Shaheizy Sam sebagai pelakon utama.

Fattah pula melakonkan babak sebagai watak sampingan menjadi lelaki yang bermain gitar dan muncul sebagai rakan Shaheizy Sam yang membantu menukar tayar kereta.

Netizen berkata, pendedahan Fattah itu membuatkan mereka yang mendengar agak tersipu. Namun gembira dengan pertemuan pasangan romantik itu. Berikut dikongsi komen netizen.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Sumber: ig fazura topstokis

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!