“Jibu tidur dekat mana”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa ahli keluarga adalah harta yang paling berharga dan tidak ternilai mahalnya. Sebabtulah kita kena sentiasa menghargai antara satu sama lain. Kalau ada masa terluang, alangkah eloknya jika diluangkan bersama. Tak payah keluar rumah makan angin sana sini pun takpa. Spend time dekat rumah pun boleh tau.

Pun begitu, banyak aktiviti yang dapat dilakukan jika saja duduk di rumah saja. Contohnya menonton filem bersama-sama, memasak bersama-sama dan pelbagai lagi. Boleh juga beli set permainan yang boleh dimainkan bersama.

Kalau diluar kawasan pun ada juga. Lagilah banyak aktiviti yang dapat dilakukan, contohnya bercamping, buat pot luck dan sebagainya. Alangkah indahnya jika dapat luangkan masa bersama kan. Seronok sangat. Rasa nak join sekali pun ada.

Ada dimuat naik video ahli keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga nya yang tercinta tu. Cakap saja pasal family mereka ni, pasti semua dah tahu bahawa family mereka ni sangat gempak.

Dahulunya sama-sama pergi ke New Zealand. Bukan banyak lagi aktiviti yang dilakukan di sana, kalini, luangkan masa di rumah saja. Di luar kawasan rumah mereka. Haa, nak tahu mereka buat apa, boleh tengok video tersebut.

Kalini, mereka hanya meluangkan masa bersama-sama di luar rumah saja. Pasang khemah tau, ala ala bercamping gitu. Tapi hanya di luar rumah. Tengok gelagat dan telatah mereka semua tu, membuatkan kita semua tersenyum.

Mana taknya, happy betul lah tengok mereka sekeluarga tu. Time nilah nak buat sesi bedtime stories, sharing itu ini, berkongsi plan masa hadapan dan banyak lagi. Yang hanya ada ketika itu adalah keluarga yang sangat mereka sayangi.

Time nilah boleh masak bbq, marshmallow dan sebagainya. Alahai comel betul tengok family mereka tu. Dah macam dalam cerita-cerita omputih lah katakana. Bercamping di luar rumah saja, tapi tetap lah gempak kan, happy nya.

Tapi, janga dilupa kepada kucing kesayangan mereka yang bernama Bujibu tu, ada juga netizen yang duk nyakat tanya Jibu pun tidur luar ke ? Haahla, Bujibu takde join sekali ke eh ? Mesti lagi meriah dibuatnya. Manalah agaknya si gebu tu.

Sumber : Ig Haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!