“Hahaha dia boleh tak duduk diam” – Nabila Huda

Bila sudah tiba musim cuti sekolah dan cuti umum ni, pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti dan bersiar-siar. Waktu inilah ibu bapa di luar sana nak bawa satu keluarga bercuti tanpa kekangan masa. Para artis pun tak melepaskan peluang juga untuk pergi bercuti dan bawa keluarga bersama.

Kalau buka saja sosial media Instagram sekarang, memang ramai para artis yang kini sedang sibuk bercuti di luar negara. Ini termasuklah pengacara dan pelawak terkenal negara iaitu Nabil Ahmad yang masih menyempatkan masa untuk membawa isteri dan anak-anak untuk bercuti setelah sekian lama.

Nabil yang dahulunya terkenal dengan panggilannya Nabil Raja Lawak setelah memenangi rancangan hiburan Raja Lawak Astro kini terkenal dengan pengacaraan yang sentiasa lucu dan menghiburkan. Kata orang-orang, kalau buka TV saja pasti ada muka Nabil.

Memilih negara Jepun sebagai destinasi pelancongannya buat akhir tahun 2022 ini, ramai yang terhibur melihat perkongsian video dari isteri Nabil sendiri iaitu Zira Ayub ketika mereka berada di sana. Video tersebut turut mendapat perhatian rakan artis iaitu Nabila Huda yang berang kerana Nabil yang tidak boleh duduk diam ketika video diambil.

Nabil Ahmad yang sememangnya terkenal dengan kelakuan lincahnya inilah yang sentiasa menjadi hiburan buat para penonton dan peminat yang melihatnya. Bahkan, ketika si isteri ingin mengambil moment-moment indah bersama suami pun dia masih tidak boleh untuk serius dan diam.

Video dan foto ketiga-tiga anak perempuan dari pasangan ini iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medina dan Mishall Imani turut dikongsi oleh Nabil dan Zira.

Mereka terlihat sangat gembira dan senang sekali kerana dapat berkunjung ke negara Jepun yang terkenal dengan kebersihannya itu.

Netizen dan peminat semuanya memuji kemanisan hubungan antara pasangan suami isteri ini. Namun, yang lebih menjadi sorotan adalah apabila Zira mula bermain-main dengan janggut Nabil yang panjang itu. Terhibur netizen dibuatnya melihat babak tersebut dalam video yang dikongsi oleh Zira itu.

Seronoknya Nabil dan keluarga dapat bercuti ke Jepun pada musim sejuk ni. Ramai yang suka melihat kebersamaan keluarga harmoni pasangan ini.

Semoga Nabil dan keluarga selamat kembali ke tanah air selepas percutian di sana sudah habis.

Sumber: Instagram Zira Ayub

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!