“Hahah dia main tunjuk2 jer mana na, Dato K jgn lari”- Netizen

Bila sudah bergelar suami isteri, sudah pasti pasangan ini sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada pasangan mereka masing-masing. Walaupun busy bekerja, sudah tentu pasangan suami isteri akan cari juga masa supaya mereka boleh spent sama bersama-sama. Paling kurang, pada hujung minggu pun sudah buat mereka happy dan ceria.

Itu semua atas pilihan masing-masing. Ada jenis pasangan suami isteri yang suka memberikan pasangan mereka hadiah, atau pun belanja kan mereka apa-apa barang keperluan mahupun barang kemas. Reward kepada pasangan lah katakan.

Kali ini, ada dimuat naik video telatah Tokti yang sedang shopping bersama dengan suami kesayangan nya iaitu Dato K. Sudah semua sedia maklum bahawa pasangan ini memang serasi dan sering saja menjadi pasangan kegemaran semua.

Bak kata Tokti, Dato K belanja beliau hari ni, di sebuah kedai yang berjenama. Kita semua dah tahu pasangan ini merupakan pasangan yang berharta. Tengok video telatah Tokti siap order barang pun, dah tahu bahawa jumlah yang dibelanjakan itu sangat banyak.

Entah-entah, pakai main tunjuk saja apa yang dia nak, terus capai dan bayar di kaunter. Seronok sangat kan jadi macamtu, ni level t20 tak kisah nak beli apa, terus capai dan bayar di kaunter. Dato K duk perati je isteri kesayangan nya tu order barang.

Kedua-dua pasangan ni, tak pernah tak sweet tau. Walaupun jarang muat naik video mereka berceloteh, tetapi, kalau sekali dah muat naik tu, kita semua dah tahu bahawa mereka berdua sangat mesra dan sweet kedua-dua nya. Sama padan.

Rata-rata netizen semuanya teruja dengan layanan yang diberikan oleh pasangan tersebut. Seronok ada pasangan yang saling menghargai. Pun begitu, Tokti sangat menghargai Dato K, suami nya yang sangat dia cintai dan kasihi.

Tetapi, perlu ingat bahawa lain orang lain caranya. Kita tak perlu lah nak bandingkan diri kita dengan pasangan yang lain. Cukuplah kita dengan cara kita untuk menghargai pasangan yang sangat kita kasihi dan sayangi tu.

Kita semua ada cara kita. Apa yang penting, kita mestilah hargai dan sayangi pasangan kita keran merekalah yang sentiasa ada bersama kita di kala waktu susah dan juga senang kita. Berikan sedikit surprise supaya buat mereka happy.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!