“Haha Jebat macam member je kena siku” – Netizen

Mempunyai anak kecil yang bijak berkata-kata lagi comel sememangnya anugerah tidak ternilai daripadaNya. Melayan keletah si kecil sesuatu yang menghiburkan bukan sahaja ibu bapanya, tetapi orang di sekeliling yang melihatpun tumpang gembira. Lihat saj4lah gelagat anak beranak, buah hati aktor, Sharnaaz Ahmad ini. Kata orang bila anak dah meningkat remaja boleh dibuat kawan.

Begitupun, tengok cara Sharnaaz ni, anak baru setahun jagung pun dah dibuat seperti kawan-kawan. Nak suruh anak bercakap main singgung-singgung dengan siku sahaja. Putera sulungnya, Jebat Jaydeen Ahmad tu pun senyum je tak marah.

Ramai pulak netizen yang suka melihat aksi kedua mereka berdua ni. Mana taknya, nampak comel pulak bila Sharnaaz buat sebegitu dengan anaknya. Mesti Jebat dah biasa dengan perangai bapak dia ni kan. So layankan je…

Yalah… biasanya aksi singgung menyinggung macam tu kita akan lihat berlaku dengan kawan-kawan saja. Misalnya, kadang nak suruh kawan kita tu ke depan atau bercakap, tapi susah sangat. Itulah terpksa guna kuasa singgung je…

“Kelakar jebat ni. haha. wat muka selamba je pok dia siku”, “Comel jee sharnaaz senggol anaknyaa”, “Hahahahaha g senggol nya anak dia mcmtu”, “Sigong ank dia mcm kwn dia hahaha lawak”, “Hahahahah jebat mcm member jee kene siku .. cute”.

Itu antara kata netizen di ruangan komen hantaran Sharnaaz yang berkongsi video dia bersama Jebat ketika sedang makan kek. Ketika itu, Sharnaaz meminta Jebat mengucapkan selamat hari ulangtahun buat rangkaian TV3.

Tapi lambat pula keluar ucapan itu dari mulut Jebat sehingga Sharnaaz perlu menyinggung lembut anaknya itu sebelum turut mengajarkan Jebat untuk menyampaikan ucapan. Senang je bapak ajar anak kan…

Dalam pada itu ada pula gamaknya yang berasa sebak melihat aksi dua beranak ni seperti rakan artis Sharnaaz, pelakon, Syukri Yahaya. “Padunyaa…. pedih2 mata kita tgk wak..” coret Syukri. Pasti ada maksud tersirat cuba disampaikannya.

Agaknya rasa sayu melihat rakannya Sharnaaz yang belum kembali berteman hidup menjaga satu-satunya anaknya itu. Apa pun kita doakan saja yang baik-baik buat Sharnaaz. Soal jodoh aj4l dan pertemuan sudah tentu hanya Dia yang menentukan.

Berkahwin pada 31 Mac 2017, Sharnaaz berpisah dengan bekas isterinya yang juga ahli perniagaan, Noor Nabila pada 9 Julai 2020.

Sehingga kini Sharnaaz kembali bujang manakala kakak selebriti popular, Neelofa itu sudah bernikah lain dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!