“Haha haji lupa kupiah ats kepaala sekejap”- Netizen

Sebut saja budak-budak Era, pasti anda sudah cukup mengenali karenah dan telatah mereka. Mana taknya, semua jenis masuk air. Tiap masa ada je menda yang lucu, buat parodi lah, join tiktok dance lah, bercerita perkara serius pun akan jadi lucu tak lama lagi tu. Sempoi habis diorang ni.

Tak dinafikan 3 kolaborasi dj handal ini sangat diminati ramai. Pak Azad, Nabil dan Radin. Haa, memang dah 3 orang ni, jenis tingtong masuk air. Buat hal sokmo. Tapi seronok sangat ada officemate macam mereka ni, tak jemu asyik ketawa je.

Baru-baru ini, ada dimuat naik video merka bertiga join trend tarian tau. Haa, bukan main lagi eh perangai sorang-sorang. Tak padan dengan muka, yang paling tarik perhatian iaila Nabil lah, nak tahu kenapa ? Haa tengok video di bawah.

Sudah semestinya sebab Nabil yang selalu berjubah ketika hari Jumaat tak tinggal untuk join lagi dua orang kawan dia tu menari. Sebab dia berjubah lah sebabtu netizen duk pakat gelak kan beliau. Berkopiah lagi tau.

Bak kata netizen, bukan main ye  Haji ni, kelakar betu lah. Tak kisah lah beliau tu Haji atau apa jawatan yang ada sekali pun, yang penting happy selalu. Buat jelah apa-apa yang memastikan kegembiraan. Yang penting tidak melangg4r sensitiv1ti.

Geng-geng ini memang tak lari dari hal-hal lucu mereka tu, haritu Pak Azad buat hal terlalu konfiden dengan diri sendiri, kesudahan nya, habis kena gelak dengan member-member office dia tu. Best kan kalau suasana selalu macam tu.

Lepastu Nabil sekali lagi, terlepas concert Billie Ellish, habis terbang duit RM3 ribu dia. Tak pelah, yang penting beliau sudah ambil j1wa anak-anak nya semula dengan membawa mereka pergi tengok wayang. Aduh lah bapak oi.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan setiap gelagat diorang ni. Dan ramai mengimpikan mempunyai rakan sekerja yang jenis happening sebegini. Sudah pasti hari-hari di tempat kerja akan menjadi ceria sentiasa.

Justeru, semoga Team Era sentiasa happy selalu dan tidak lekang dengan lawaknya yang bersahaja tu, mereka happy, kita pun turut happy. Barulah influencer berjaya namanya, betul tak ? Next level gitu kan bak kata Pak Azad.

Sumber : Ig Radin_era

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!