“Haha buat hal, happy birthday Rahul”- Shiha Zikir

Selamat ulangtahun kelahiran diucapkan kepada Rahul, oh rupanya Sharif Zero, panggilan dari Shiha rupanya Rahul tu. Kalau yang mengikutinya pasti tahu mengapa panggilan tersebut wujud. Ini kerana mereka pernah membuat persembahan didalam rancangan pertandingan MaharajaLawak dan Muzikal Lawak. Kerjasama mereka memang menjadi sehinggakan Zero menang dalam pertandingan meskipun tidak menjuarainya.

Ahli keluarga dan isterinya membuat kejutan untuk hari lahirnya, yang menarik beliau sempat membuat lawak dengan masuk ke kapal yang salah.

Sengaja atau tidak, sikapnya sememangnya sentiasa melawak membuatkan ahli keluarga tidak kering gusi malah sentiasa terhibur.

Peminat pun turut terhibur, tidak pernah mengecewakan. Sentiasa berhibur dan membuat lawak tak kira dimana saja beliau berada dan lawaknya sentiasa menjadi.

Rahul sudah sebati menjadi nama panggilan buat teman-teman sepejuangan beliau, ia juga sesuatu yang unik kerana seperti nama bolloywood pula.

https://www.instagram.com/p/CZY0VrgFF9g/?utm_medium=copy_link

Sharif juga seorang pelakon selain pelawak, dan mempunyai filem dan beberapa drama. Mempunyai dua adik beradik yang lain juga ahli kumpulan Zero.

Apabila telah berkongsi sesuatu yang menarik perhatian, netizen pun pasti memberikan komen-komen untuk diluahkan.

Lebih ramai yang mengucapkan selamat hari lahir, dan ada juga berikan komen terhibur kerana Sharif memang sentiasa melawak dan menghiburkan.

Mana adik Sharif, siMelati. Dah lama tak nampak posting Melati, eh jangan jadi Melati betul-betul pula.

Sumber: ig sharifzero

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!