“Gelek sakan nampak, happy la tuu” – Zizie Izette

Usik mengusik antara suami isteri kalau selalu dipraktikkan memang akan menjadi pengerat kebahagiaan dalam rumah tangga. Begitupun, kalau seorang sahaja yang mengusik tanpa respons positif pasangan pun tak bermakna juga. Justeru, buat suami isteri kalau salah seorang suka mengusik layankan sahaja. Lihat sahaj4lah pasangan, pelakon, Datin Zizie Izette dan ahli pol1tik, Datuk Bunga Moktar Radin ini, netizen yang melihat pun terhibur dibuatnya.

Menariknya, ketika diusik, Bung yang sedang memasak di dapur tetap melayan lensa yang sedang merakam videonya. Begitupun dipercayai menggunakan filter yang menjadikan audiensnya nampak macam sedang menari mengikut lagu, Bung kelihatan tersenyum saja.

Apatah lagi dirinya direkod dalam keadaan berkain pelikat, tak macam selalu bertali leher dan berkod. Kalau laki tak sporting dan hanya nak kontrol macho, pasti tak benarkan video seumpamanya dikongsikan kan?

Yalah… Dah macam melentik-lentik badan Bung dibuatnya. Kelihatan seperti sedang memasak sambil berjoget-joget pun ada. Memang agak kelakar filter digunakan Zizie ini. Tengok pun nak tergelak saja. Lucu Zizie ni.

Demikian pun, nampaknya suami Zizie ini sweet orangnya. Dalam kesibukannya, siap tolong masak di dapur lagi. Patutlah pasangan yang bernikah pada 9 Jun 2010 ini terlihat sangat bahagia sekali sehingga ke hari ini.

https://www.instagram.com/p/Ce2Mo_iJ4ys/

Bagi yang mengikuti Zizie di Instagram nya pasti perasan, beliau menggunakan aplikasi filter dan mengundang lucu serta menjadikan Bung ‘m4ngsa’ penggunaan aplikasi itu bukanlah baru. Sebelum ini pun beliau bahankan suaminya dengan apps ‘wajah menangis ‘.

“Hahahaha tak pernah tak menghiburkan”, “Nampak macam gelek betul2”, “Haha.. kamu sangat nakal.. nakal.. nakal..”, “Hahaha lawak giler”, “Sampai macam tu sekali. Yang s4kit terus ketawa adoi”. Itu antara komen netizen.

Apa pun memang terbaik Datuk Bung. Bukan saja baik layankan saja bini, tapi tolong masak latok iaitu makanan tradisi orang Sabah untuk orang dikenali mereka yang dimasukkan ke h0spital lagi. Patutlah Zizie sayang.

Sebelum ini Zizie juga pernah berkongsi bahawa suaminya yang murah dengan senyuman ini rajin turun ke dapur dan cekap memasak. Hobi yang dikongsi bersama itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan pasangan ini.

Akui Zizie, mereka sama-sama suka memasak. Datuk jenis yang berdikari dan tidak suka menyusahkan orang. Wah… Hebat juga Datuk Bung ya… moga dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai mereka di luar sana.

Sumber : IG Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!