“Elizad nanti cuba lah ke Tasik Dayang Bunting, mana tau menjadi” – Netizen

Setiap wanita yang sudah berkahwin di dunia ini pasti mendambakan cahaya mata dari zuriat sendiri untuk dimiliki sebagai penyeri hidup pasangan suami isteri. Bukan itu sahaja, cahaya mata sudah pastinya menjadi lambang kasih sayang bagi suami isteri dan kekurangan tidak mampu memilikinya pasti membuat hati para isteri sedih dan tertunggu-tunggu bila detik itu akan tiba.

Rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan sudah mencecah hampir 6 tahun lamanya buat pelakon cantik Siti Elizad Sharifuddin ini. Berjaya dalam bidang lakonan dan sudah mula berjinak-jinak dalam bidang hiburan sejak kanak-kanak lagi, pelakon cantik ini ternyata mempunyai kisah perjuangannya sendiri sebagai seorang isteri yang masih menunggu berita gembira untuk menimang cahaya mata.

Kecantikan milik pelakon ini juga kini lebih terserlah setelah mula hijrah dengan berhijab. Fesyen hijab ‘turban’ yang sering dikenakan sangat sesuai dengannya dan mungkin menjadi titik permulaan buat dirinya untuk berhijab dengan lebih sempurna.

Sering melihat Siti Elizad di layar kaca televisyen sebagai seorang pelakon, pasti ramai yang masih belum tahu bahawa Elizad juga sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Dia dahulunya pernah dinobatkan sebagai juara bagi rancangan realiti muzik bertajuk Gempak Superstar yang pernah disiarkan di Astro Ria.

Memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongannya untuk kali ini, ternyata dia telah disapa oleh seseorang yang telah memberi cadangan kepadanya untuk singgah ke Tasik Dayang Bunting untuk mencuba nasib bagi hamil.

Mengaku dirinya ternyata kurang arif mengenai hal-hal yang seperti ini di dalam posting terbarunya itu, Siti Elizad meminta pendapat dari para peminat dan netizen yang masing-masing mempunyai pengalaman mereka tersendiri.

Bukan itu sahaja, dalam posting terbarunya itu Elizad turut memuji masyarakat Langkawi yang dikatakan sangat ramah dan baik. Walaupun niat sebenar untuk bercuti adalah untuk berehat dan menenangkan minda, tetapi masih terdetik di dalam hatinya tentang masalah yang dihadapi olehnya itu.

Kisah hidup Elizad yang berjuang untuk hamil itu sudah diketahui ramai malah sering mendapat kata-kata semangat dan doa dari rakan artis mahupun netizen dan para peminat sendiri.

Walaupun begitu, rakan artisnya iaitu Fasha Sandha telah menasihatinya dengan mengatakan bahawa dia harus berseronok dan tidak perlu terlalu memikirkan perkara tersebut. Elizad kini juga mengatakan bahawa dia sudah redha dengan ketentuanNya.

Dalam ruangan komen tersebut, ternyata agak ramai yang pernah mencuba nasib untuk hamil dengan pergi ke Tasik Dayang Bunting dan mendapat rezeki setelah pulang dari tasik tersebut. Jadi tidak salah sekiranya Siti Elizad mempunyai masa untuk berkunjung ke tasik tersebut.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan pasti ada rezeki buat Siti Elizad suatu hari nanti untuk segera mendapatkan cahaya mata. Semoga Siti Elizad sentiasa sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup yang diberikan untuknya.

Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!