“Eee mana blh pegang-pegang”- Netizen

Tampaknya ramai betul yang triggered dengan tajuk karya terbaharu lakonan aktor pojaan Malaya, Zul Ariffin ini. Berkongsi di hantarannya, aksi Zul bersama dua pelakon wanita ketika sedang menjalani sesi dipercayai bagi membuat teaser karya berkaitan mengundang banyak komen netizen yang gamaknya kurang senang dengan ‘adegan’ dikongsikannya itu yang didakwa tak sesuai dengan tajuk.

Dengan dua wanita, seorang bertudung dan seorang lagi tidak, masing-masing dilihat pergi ke arah Zul. Wanita bertudung memegang pipinya dan masa sama Zul turut memegang tangannya dan saling bertentangan mata.

Wanita tidak bertudung dilihat juga memegang bahu Zul sebelum kelihatan kedua-dua mereka berada di kiri dan kanan dirinya. Zul juga dalam hantarannya itu kelihatan sangat ceria dan bersahaja dengan renungan t4jam mengg0da biarpun dilihat ‘main-main’.

Yelah… dah nama pun lakonan kannn… barangkali itu juga content dan antara kehendak tugas. Ramai juga netizen di ruangan komen IG Zul itu bertanyakan siapa agaknya nama dan gerangan kedua-dua wanita itu. Ada yang jujur mengakui tidak mengenali kerana tak pernah tengok.

‘Ni bkn syvrga daa, boleh jadi n3r4ka’, ‘Macam tajuk kurang kena je. Sihat selalu PakZul’, ‘Hukum har4m berpegangan tangan macam ni. Moga diberikan hidayah’, ‘Awal2 dah payung. Takkan tarik aku ke syvrga lagi’. Itu antara komen netizen.

Tak kurang nampaknya yang menegur… dah tentu itu tandanya ramai yang sayang dan prihatin dengan Zul. Dalam pada itu ada juga netizen yang memuji dengan mengatakannya sudah pandai menari dan ramai juga suka bila wajah Zul tak terlalu nampak serius seperti dalam perkongsiannya kali ini.

Ramai juga yang melayangkan komen bahawa tidak sabar menanti hasil karya terbaharu membabitkan Zul itu ditayangkan. Selain itu mereka berharap agar Zul ceria selalu seperti dalam hantarannya itu.

Untuk info seperti yang terdapat dalam komen netizen di posting beliau, Zul sebelum ini pernah dilihat bersama golongan agamawan. Ramai yang mendoakan agar beliau lebih mendekati golongan seumpamanya dan dapat meneruskan kerja seni berlandaskan syariah gituuu…

Apa pun semoga yang baik-baik buat Zul. Kepada netizen…yang baik jadikan teladan manakala sebaliknya jadikanlah sempadan. Apa-apapun di akhirnya kita semua pastinya berharap untuk berada di tempat abadi iaitu di syurganya.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, lahir pada 25 Oktober 1986 mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008. Acapkali dikaitkan dengan wanita yang pernah berdamping dengannya, seperti pelakon Abby Abadi, Ruhainies, Zahirah McWilson dan Gayatri Su-Lin Pillai, begitu pun Zul hingga kini masih bujang dan lebih selesa berkongsi tentang hal kerjaya.

Sumber : Zul Ariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!