“DS Vida mmg suka terjah rumah org lewat2 cmni, kul 3 pg trend ke apa” – Ashira

Setiap orang tidak terlepas dengan ujian dalam kehidupan. Begitu juga lah yang di alami oleh bekas peserta Gegarvaganza Musim ke tujuh yang bertemu jodoh di program nyanyian berkenaan iaitu Ashira dan B4d daripada kumpulan Indigo. Pasangan yang baru sahaja setahun bergelar pasangan suami isteri itu di uji apabila B4d telah j4tuh s4kit dan di sahkan telah terkena komplikasi diabetes sehingga menyebabkan beberapa jari kakinya perlu dibuang.

Di sebabkan masalah kesihatan yang di alami, B4d tidak dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi buat masa sekarang. Tambahan pula beliau menghadapi kesukaran untuk berjalan dan perlu menggunakan bantuan walker. Kisah sedih yang di lalui pasangan penyanyi Ashira dan B4d Indigo berkenaan bagaimanapun telah mendapat perhatian daripada jutawan kosmetik Dato Seri Vida.

Akibat kesukaran yang di lalui, Ashira khabarnya telah mengambil upah untuk membasuh pinggan di sebuah kedai makan di Puchong. Beliau mengambil inisiatif sendiri untuk bekerja di kedai makan tersebut pada hujung minggu untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Antara kerja Ashira ialah membasuh pinggan mangkuk, mengambil pesanan makanan dan juga menghantar pesanan makanan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadi jutawan kosmetik ini, Dato Seri Vida telah terkesan dengan kisah pasangan ini dan mahu memberi bantuan kepada pasangan ini.

Menurut Dato Vida, beliau mahu membantu Ashira supaya pelantun lagu Di Ombak Resah itu sudah tak perlu untuk membasuh pinggan di kedai makan lagi.

Terdahulu, Ashira menerusi Instagram story ada membuat kenyataan bahawa beliau dan keluarganya masih mampu bertahan dan tidaklah sampai memerluk4n bantuan daripada orang ramai untuk meneruskan kehidupan.

Ashira berkata dia juga masih mempunyai kudrat untuk bekerja dan boleh mencari pendapat sendiri. Ashira juga memaklumkan bahawa tiada sesiapa yang memaksanya untuk bekerja.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Dato Vida, akhirnya niat murni jutawan berkenaan untuk menyampaikan sumbangan peribadi kepada Ashira dan B4d Indigo menjadi kenyataan. Satu video mengenai pertemuan beliau dan pasangan tersebut telahpun di muatnaik oleh beliau di Instagram.

Pada mulanya Dato Vida meminta maaf kepada pasangan berkenaan kerana telah datang bertemu mereka pada jam 3 Pagi. Menurut Dato Vida, sekitar waktu itulah baru beliau ada masa terluang.

Dato Vida datang ke rumah pasangan tersebut untuk meluahkan hasrat beliau mengenai pandangannya bahawa Ashira tidak perlu bekerja mencuci pinggan dan masih ada jalan lain untuk pasangan tersebut.

Ashira yang menyambut kedatangan Dato Vida itu membalas dengan berseloroh sekiranya Dato Vida memang suka kacau orang pada waktu lewat malam sebegitu. Di pertemuan itu juga Vida telah menghulurkan bantuan seikhlas hati dalam dua sampul surat yang dihulurkan kepada pasangan tersebut.

Meninjau reaksi netizen di ruangan komen entri yang dikongsikan oleh Dato Vida berkenaan, rata- ratanya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Vida yang berusaha untuk bertemu Ashira dan B4d demi menghulurkan sumbangan beliau terhadap bintang Gegarvaganza musim ke tujuh itu.

Meskipun sibuk dengan urusan perniagaan beliau namun Dato Vida masih lagi sempat mencuri masa untuk berkunjung kerumah pasangan berkenaan walaupun waktu ketika sudah melewati jam 3 pagi. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen netizen.

“Dato vida nih mmg pemurah….takyahlah kite nk ckp ape2 sb klo kite jd dato vida pon tah ape yg kite buat…semua umat manusia tak lps dr kesilapan…” – Netizen

“Alhamdulillah…. Terima kasih Dato… Smoga dmurhkn rzeki… Dan dpermudhkn sgla urusan sehrian Dato Vida.. Aamiin yrb” – Netizen

“Luar biasa..faham sangat masa org bisnis ni tidak menentu. Kalau dia lapang masa tu biar pkul 3mlm dia gerak juga” – Netizen

Pasangan berkenaan menyertai rancangan gegarvaganza ketika masing- masing berstatus ibu tunggal dan bapa tunggal. Pertemuan mereka di dalam rancangan berkenaan berakhir di jinjang pelamin apabila kedua- duanya tidak menunggu lama untuk di satukan sebagai pasangan suami isteri sekitar Mac 2021.

Sebelum ini peminat dunia hiburan hangat memperkatakan mengenai penyanyi, Ashira yang kini mel4kukan kerja sambilan sebagai pelayan dan pencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong.

Mengakui tidak malu dengan pekerjaan tersebut Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menegaskan dia sendiri yang memilih untuk melakukan pekerjaan tersebut yang akan dilakukannya pada hujung minggu.

Malah menurutnya apa yang dilakukan itu bukanlah disebabkan masalah kesihatan yang sedang dihidapi suaminya, B4d Indigo atau nama sebenarnya B4drol Izhan Yeop Abdullah, iaitu di4betes. Terdahulu B4d dilaporkan berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dip0tong akibat peny4kitnya itu.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!