“Diorg tak tahu ke kat Malaysia bapak dia Paskal”- Netizen

Pelakon aksi yang namanya mula meningkat naik setelah berlakon filem Paskal iaitu Hairul Azreen kini melebarkan sayap menjadi pengarah dan sedang mengarah filem pertama beliau iaitu “Ada Haantu”. Sering berlakon filem aksi setelah berjaya dengan filem Paskal beliau berlakon filem Wira dan juga filem romantik komedi Pasal Kau di samping Janna Nick.

Hairul sebelumnya pernah mencuri tumpuan masyarakat kerana membuat lamaran secara terbuka kepada Hanis di atas pentas Gegar Vaganza. Untuk rekod Hairul dan Hanis telah mendirikan rumahtangga pada Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kehidupan pasangan ini dan anak-anak mereka menjadi perhatian netizen kerana sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial.

Kali ini, suami isteri itu menerusi Instagram masing-masing berkongsi momen indah percutian musim sejuk di luar negara bersama dua anak mereka pula.

Terkini, Hanis ada memuatnaik satu hantaran video di Instagram yang memaparkan mereka berada di satu taman tema di New Zealand.

Bagaimanapun ketika menaiki satu permainan di sana yang berupa “bot”, bot yang di naiki oleh Yusuf mengalami masalah kerana tidak dapat di hentikan di ruangan tempat letak bot yang di sediakan.

Hairul kemudiannya segera bergerak ke arah anak sulungnya itu untuk membantu menghentikan bot anaknya. Momen berkenaan amat menyentuh hati apabila mengenangkan tindakan Hairul yang mengikuti naluri seorang bapa yang bertindak untuk melindungi anaknya.

Momen menyentuh hati itu dapat di rakamkan oleh Hanis dengan jelas dan usahawan jelita itu memuatnaik video tersebut untuk berkongsi dengan para peminat.

Menjengah keruangan komen, tindakan pantas Hairul rata- ratanya mendapat pujian daripada netizen. Netizen berkata, Hairul sebagai bapa merupakan hero yang sebenar kerana melindungi anaknya dengan baik.

Netizen juga memuji Yusuf yang berada dalam keadaan tenang dan langsung tidak panik meskipun berhadapan dengan situasi luar jangka ketika itu.

Bagusnya Hairul sebab cepat betul bertindak untuk menyelamatkan anaknya. Yusuf pun goodboy sangat sebab masih kekal tenang dan tak menangis langsung. Agaknya kalau kanak- kanak lain mesti dah menangis cari ibu ayah sebab takut. Good job Yusuf, Good job Hairul.

Sumber: Instagram hanis zalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!